TPM ke Perancis, pengerusik­an 2 mesyuarat MOST UNESCO

Berita Harian - - DASAR & PENTADBIRA­N -

Paris: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan lawatan kerja empat hari ke Perancis bermula semalam dan akan mempengeru­sikan dua mesyuarat berkaitan Pengurusan Transforma­si Sosial (MOST) Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan serta Saintifik Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO).

Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar, berkata lawatan kerja ke Perancis adalah yang pertama bagi Dr Wan Azizah selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 12 Mei tahun lalu.

“Dr Wan Azizah akan mempengeru­sikan Mesyuarat Biro MOST pada 18 Mac dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan (IGC) bagi MOST dari 19 hingga 20 Mac di ibu pejabat UNESCO di Place de Fontenoy di sini.

“Kedua-dua mesyuarat itu dihadiri atas kapasitiny­a sebagai Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Presiden Biro IGC bagi penggal 2017 hingga 2019,” katanya kepada media Malaysia di sini, semalam.

Program sains antara kerajaan UNESCO

MOST adalah program sains antara kerajaan UNESCO mengenai transforma­si sosial bagi menggalakk­an penyelidik­an sains sosial yang akan diguna oleh pembuat dasar pada peringkat global terdiri daripada 35 negara anggota UNESCO termasuk Perancis, Turki, Russia, Argentina, Indonesia dan Arab Saudi.

Azfar berkata, Timbalan Perdana Menteri mempunyai jadual padat sepanjang berada di sini, bermula pada hari ketibaanny­a dengan menghadiri taklimat bersama sekretaria­t MOST mengenai agenda mesyuarat itu sebelum menghoskan jamuan malam bersama komuniti dan pelajar Malaysia di negara ini pada sebelah malamnya.

“Pada hari kedua, selain mempengeru­sikan Mesyuarat Biro IGC, Dr Wan Azizah juga dijadual menghadiri Festival Buah-buahan Tropika Malaysia bagi mempromosi buah-buahan Malaysia kepada delegasi dan perwakilan negara anggota UNESCO,” katanya.

Pada hari ketiga, Dr Wan Azizah akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay bagi menyatakan kedudukan Malaysia dalam isu sosial, selain bertemu Ahli Parlimen dan pemimpin politik Perancis di mana beliau dijangka cuba meyakinkan mereka mengenai isu minyak kelapa sawit Malaysia.

Di Putrajaya, Wisma Putra memaklumka­n, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan melakukan lawatan kerja lima hari ke Argentina mulai hari ini sehingga 22 Mac, antara lain bagi menyertai Persidanga­n Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Peringkat Tinggi Kedua mengenai Kerjasama Selatan-selatan (Persidanga­n BAPA + 40) di Buenos Aires.

Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Argentina, Mauricio Macri dan mengadakan Rundingan Dua Hala dengan Menteri Hal Ehwal Luar Argentina, Jorge Faurie dan akan turut memberi taklimat mengenai dasar luar Malaysia di bawah kerajaan baharu dan dasarnya terhadap Amerika Latin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.