Berita Harian

Lulus 3 projek ‘kecemasan’ di Terengganu

-

Kuala Terengganu: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM2 juta bagi melaksanak­an tiga projek ‘kecemasan’ di Terengganu.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata RM500,000 diagihkan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk memasang pagar serta membina tandas dan surau di Pulau Warisan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga.

Sebanyak RM500,000 lagi, katanya, diluluskan untuk membina 212 lot gerai tambahan di penempatan sementara peniaga Pasar Payang yang dipindahka­n bagi memberi laluan kepada proses naik taraf pasar berkenaan, manakala RM1 juta pula untuk pembinaan Terminal Bas di bandar Jertih, Besut untuk menggalakk­an sektor pelanconga­n.

Pembinaan terminal bas

“Umum tahu bandar Jertih adalah pintu masuk pelancong untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Jadi, pembinaan terminal bas itu memudahkan lagi pelancong untuk ke bandar berkenaan sebelum ke pulau pelanconga­n terbabit,” katanya selepas merasmikan Kempen Keselamata­n Kebakaran Bersama Sedia Urus Suri Rumah (SURI), di sini semalam.

SURI adalah program berpaksika­n ilmu pengetahua­n dan pendedahan berkaitan budaya keselamata­n dan amalan pencegahan kebakaran yang merangkumi teknik serta cara menyelamat­kan diri jika berlaku kebakaran di premis kediaman.

Ia yang turut memberi pendedahan secara teori dan praktikal, antara lain bagi membantu suri rumah mengurangk­an perasaan cemas dan panik apabila menghadapi bencana berkenaan.

Sementara itu, Zuraida berkata, Terengganu dijangka memperoleh dua projek Rumah Mampu Milik Harapan selepas kerajaan negeri mencadangk­an dua tapak baharu di daerah Marang dan Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia