Berita Harian

Fahami isi al-quran, jadi panduan hidup

PM anggap jiwa penuh kebencian buat manusia bertindak di luar batasan

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi tuty@bh.com.my

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap jiwa yang penuh dengan kebencian mampu membuatkan manusia bertindak di luar batasan.

Mengulas mengenai insiden yang berlaku di Christchur­h, New Zealand beliau berkata, tindakan kejam itu tidak boleh dibalas dengan pembunuhan, jika umat Islam memahami isi kandungan alquran.

Larangan berbunuh sesama sendiri

“Antara isi kandungan dalam alquran adalah larangan membunuh walaupun orang itu bukan Islam.

“Tetapi malangnya hari ini, kita lihat ramai Islam berbunuhan sesama sendiri di merata tempat termasuk apabila mereka berhijrah ke tempat lain.

“Hasilnya berlaku tindakan balas dendam seperti yang berlaku di Christchur­ch kerana mereka balas dendam dengan berbunuhan dan yang jadi mangsa insan yang tidak bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz alquran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Seramai 112 peserta menyertai acara tilawah dan menghafaz yang diadakan selama enam hari bermula semalam sehingga 22 Mac.

Al-quran beri panduan

Justeru, Tun Dr Mahathir menyeru kepada semua umat Islam supaya membaca al-quran dan memahami isi kandungann­ya supaya hidup lebih sempurna dan aman.

“Al-quran memberi panduan kepada umat Islam perkara yang dilarang atau diwajibkan, perkara yang semuanya membentuk peribadi mulai jika kita ikut.

“Dengan membaca al-quran juga Allah memberi petunjuk untuk selesaikan kekusutan,” katanya.

Al-quran memberi panduan kepada umat Islam perkara yang dilarang atau diwajibkan, perkara yang semuanya membentuk peribadi mulai jika kita ikut” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Dr Mahathir berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-quran Peringkat Kebangsaan 2019 di Seremban, malam tadi.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Dr Mahathir berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-quran Peringkat Kebangsaan 2019 di Seremban, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia