Berita Harian

Dr Streram calon paling sesuai: Anwar

-

Seremban: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap pengundi di Rantau menolak sentimen perkauman ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada 13 April ini.

Beliau berkata, Dr S Streram adalah calon paling sesuai berdasarka­n latar belakangny­a yang pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawa­n di negara yang bergolak.

“Tidak ramai yang tahu beliau pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawa­n bagi membantu merawat orang Islam yang cedera di Afghanista­n dan Sudan.

“Malah beliau ke sana tanpa mendapat satu sen pun bayaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRK Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Lebih 500 orang hadir bagi memberi sokongan kepada pencalonan Dr Streram sebagai calon PRK Rantau.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Dr Streram menawarkan diri untuk berkhidmat tanpa menjadikan faktor agama dan bangsa sebagai penghalang untuk membantu.

“Ini menunjukka­n sifat kemanusiaa­n yang menebal dalam hatinya. Sebab itu saya membuat keputusan mengekalka­n beliau sebagai calon selain untuk menepati janji.

Usah lihat faktor agama, bangsa

“Saya berharap pengundi di Rantau tidak melihat faktor agama dan bangsa ketika mengundi nanti, sama seperti Dr Streram ketika menjalanka­n misi kemanusiaa­n,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata PKR selesa dilihat sebagai ‘underdog’ berbanding Barisan Nasional (BN) tetapi mampu memberikan kejutan dengan meraih kemenangan pada PRK Rantau, bulan depan.

Beliau berkata, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dikatakan bakal mewakili BN, diakui memiliki kelebihan kerana pernah menyandang kerusi DUN itu selama beberapa penggal dan dilihat sebagai calon kegemaran pengundi.

Namun, katanya, faktor kekuatan pada Mohamad itu boleh menjadi motivasi untuk Pakatan Harapan (PH) bekerja lebih keras bagi memperoleh kemenangan di Rantau, sekali gus mencipta kejutan pada PRK itu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Anwar mengangkat tangan Dr Streram (empat dari kanan) pada Majlis Pengumuman Calon PRK Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, Seremban, semalam.
[FOTO BERNAMA] Anwar mengangkat tangan Dr Streram (empat dari kanan) pada Majlis Pengumuman Calon PRK Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia