Berita Harian

Bank makanan mula operasi minggu ini

-

Kuala Lumpur: Bank makanan yang diwujudkan di Universiti Malaya (UM) akan beroperasi mulai minggu ini bagi membolehka­n pelajar miskin memperoleh barangan runcit secara percuma.

Melalui program UM Campus Food Bank, pelajar dikenal pasti sebagai penerima bantuan itu bakal mendapat beg runcit mengandung­i barangan, termasuk makanan kering, minuman dan produk penjagaan peribadi seperti syampu serta tuala wanita, dijadualka­n sekali sebulan setakat ini.

Pengarah Urusan UM Campus Food Bank, Umar Aiman Abd Manan, berkata pihaknya sudah menerima senarai kira-kira 400 pelajar yang dikenal pasti bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), dan perlu bermula dengan membantu sekurang-kurangnya 100 mahasiswa pada semester ini.

Diberi secara konsisten

“Bantuan ini akan diberikan secara konsisten, namun senarai penerimany­a akan disemak semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan.

“Kita akan bekerjasam­a dengan HEPA supaya program ini benar-benar memberi impak terhadap pelajar yang menerima bantuan kerana kita tidak mahu syok sendiri,” katanya yang juga pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan

Umar Aiman berkata, inisiatif itu cetusan ideanya hasil pengalaman menyertai pelbagai program keusahawan­an, kemasyarak­atan dan keusahawan­an sosial sejak kirakira lima tahun lalu.

Katanya, cadangan program itu diluluskan UM pada November lalu, sebelum pihaknya mendapatka­n pelbagai rakan kongsi dari sektor korporat, termasuk pasar raya dan pengusaha produk makanan, di samping kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga akan melaksanak­an inisiatif ‘menyelamat­kan makanan’ seperti roti daripada peruncit dan kedai berdekatan UM untuk diagihkan kepada pelajar memerlukan bantuan.

“Pengagihan makanan dibuat secara bergilir-gilir membabitka­n semua 12 kolej kediaman yang mengenal pasti 50 pelajar untuk menerima bantuan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia