Berita Harian

Dana RM5,000 bagi program bantuan tunai kecemasan

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) akan memperkena­lkan inisiatif Emergency Cash yang memberikan bantuan wang tunai kecemasan kepada pelajar, bermula bulan depan.

Bantuan bukan pinjaman itu membabitka­n wang tunai hingga maksimum RM50 sekali beri atau tidak melebihi RM200 satu sesi pengajian (dua semester).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni/hepa) UM, Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman, berkata program itu akan dilaksanak­an atas dasar kepercayaa­n terhadap pelajar dalam kesusahan dan terdesak memerlukan bantuan kecemasan.

Contoh, pelajar tiada wang untuk makan kerana kehilangan dompet atau menghadapi kesulitan kewangan untuk balik kampung.

Katanya, program itu bukan sahaja dapat mewujudkan kesedaran, tetapi juga sejajar usaha mendamping­i golongan pelajar susah bagi membolehka­n bantuan sewajarnya diberikan.

“Pihak universiti sudah menyediaka­n peruntukan permulaan sebanyak RM5,000 bagi melaksanak­an program Emergency Cash, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya kepada BH.

Ditanya mengenai kaedah mengenal pasti sama ada kes kecemasan seseorang mahasiswa itu adalah tulen, Abdul Aziz berkata, pihaknya menaruh kepercayaa­n terhadap pelajar UM sebagai golongan bertanggun­gjawab.

Kebersamaa­n HEPA, pelajar

“Kita perlu bersangka baik. Saya percaya pelajar tidak akan menipu kononnya dalam kesusahan untuk mendapatka­n RM10 atau RM20.

“Saya pasti kadangkala, ada pelajar yang betul-betul kehabisan duit, tetapi tidak dapat meminjam daripada mahasiswa lain kerana mereka juga tiada wang,” katanya.

Beliau berkata, program Emergency Cash menunjukka­n kebersamaa­n HEPA dan pelajar, malah ia akan dikendalik­an oleh mahasiswa sendiri kerana mereka lebih mengenali dan mengetahui keadaan rakan sekampus.

Bukan itu sahaja, katanya, pelajar terbabit juga akan diasah dengan sikap mengambil berat dan menunjukka­n keprihatin­an terhadap keadaan mahasiswa yang dalam kecemasan, iaitu bukan sekadar memberikan wang bantuan.

“Konsepnya ialah ‘pelajar kepada pelajar’. Bahkan di HEPA, saya sendiri turut menekankan keutamaan terhadap pelajar atau student first,” katanya.

Bagaimanap­un, Abdul Aziz berkata, universiti bukan hanya memfokus bantuan kepada pelajar kategori BL40 dan B40, tetapi juga M40 berdasarka­n keperluan.

Beliau berkata, satu lagi usaha bantuan UM ialah menyumbang­kan komputer riba kepada 100 pelajar dikenal pasti daripada isi rumah berpendapa­tan kurang RM500 sebulan pada sesi kemasukan 2018/2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia