Berita Harian

Kementeria­n teliti lebih terperinci

Pastikan masalah tak jejas prestasi akademik golongan B40

-

Oleh Abdul Razak Raaff, Mohd Azrone Sarabatin, Syalikha Sazili, Nur Izzati Mohamad, Noorazura Abdul Rahman dan

Nurul Amanina Suhaini

Kementeria­n Pendidikan akan memastikan pengajian pelajar daripada keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) tidak terjejas akibat ‘mengikat perut’ di kampus.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata isu berkenaan sepatutnya tidak berlaku kerana dibimbangi menjejaska­n prestasi akademik mereka.

“Susulan itu, Kementeria­n Pendidikan meneliti maklumat lebih terperinci mengenai perkara ini. Kita komited memastikan mahasiswa daripada golongan B40 tidak terkesan dalam akademik mereka hanya kerana kelaparan.

“Isu sebegini tidak seharusnya berlaku,” katanya kepada BH , di sini, semalam.

BH Ahad dalam laporan muka depan, semalam, mendedahka­n sebilangan pelajar Universiti Malaya (UM) mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

Kesempitan hidup dialami pelajar keluarga berpendapa­tan B40 itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Ramai mencatu wang saku diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatka­n daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal, sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik.

Kos sara hidup meningkat

Pengerusi Jawatankua­sa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, pula berkata masalah kewangan dan tanggungan kos sara hidup kian meningkat menyebabka­n ramai pelajar universiti awam berjimat dalam perbelanja­an harian hingga menjejaska­n kualiti pemakanan.

Beliau mengakui majoriti pelajar terbabit dalam kalangan keluarga B40 dan golongan asnaf di universiti yang perlu diberi perhatian kerana memerlukan makanan berkhasiat untuk meneruskan pengajian serta menghadapi peperiksaa­n.

“Walaupun ramai individu dan pihak korporat memberi sumbangan, jumlah itu belum mencukupi dan memerlukan lebih ramai membantu, khususnya sumbangan kewangan, makanan mentah dan sudah dimasak.

“Kebajikan pelajar keluarga B40 perlu diberi perhatian dan mereka sepatutnya mendapat pembelaan menerusi dermasiswa dan pemberian zakat kepada golongan asnaf,” katanya kepada BH, semalam.

Nor Aieni yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, di universiti itu, kempen Act of Kindness (AOK), sumbangan daripada warga universiti dan pihak komuniti tempatan menyelesai­kan masalah mereka yang memerlukan makanan.

“Program Gerobok Rezeki dilaksanak­an juga dapat membantu pelajar keluarga miskin,” katanya.

Sementara itu, di Kuantan, Pusat Islam dan Pembanguna­n Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Skuad melaksanak­an program sarapan pagi dan makan tengah hari percuma kepada pelajar UMP tidak berkemampu­an setiap hari di masjid UMP di Gambang dan Pekan.

Program itu juga menyediaka­n juadah makan malam pada setiap Khamis sebagai juadah berbuka puasa bagi pelajar yang berpuasa.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, berkata UMP mengadakan pelbagai inisiatif pada peringkat jabatan bagi membantu kebajikan pelajar, termasuk mendapatka­n makanan percuma di fakulti dan jabatan lain sekitar kampus.

Beliau berkata, projek itu juga bagi menyokong program Mygift UMP yang giat dijalankan, khususnya membantu pelajar dan komuniti setempat.

Program Kongsi Rezeki

Sebagai contoh, katanya, Program Kongsi Rezeki turut dijalankan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dengan kerjasama kafeteria universiti dengan menyediaka­n pek makanan untuk diagihkan kepada pelajar UMP di kampus Gambang dan Pekan, khususnya bagi mereka ada masalah kewangan kritikal dan layak menerima manfaat ini.

“Inisiatif Sarapan Percuma daripada Perwakilan Kolej Kediaman (PEKA) membantu mereka pada waktu tertentu, manakala Projek Gerobok Rezeki #BPACARE pula menyasarka­n pelajar kurang mampu dengan meletakkan satu almari ditempatka­n di Pejabat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) Gambang dan Pekan untuk mereka mengambil apa sahaja barangan keperluan percuma,” katanya.

Di Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Aldrin Abdullah, berkata USM kini dalam perancanga­n melaksanak­an program foodbank dijadual dilakukan tidak lama lagi, selain memberi bantuan

Georgetown,

zakat kepada pelajar yang layak.

“Ada juga beberapa inisiatif diambil pusat pengajian di sini apabila membekalka­n snek percuma kepada pelajar tidak berkemampu­an,” katanya di sini, semalam.

Di Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Arman Md Yasin, berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai isu siswa yang mempunyai kekangan perbelanja­an harian sehingga mendesak mereka ‘mengikat perut’.

Bagaimanap­un, katanya, pihak universiti tetap mengambil inisiatif melaksanak­an beberapa program yang bertujuan membantu pelajar. Selain pemberian Biasiswa Endowmen yang bersifat terhad, satu program yang dinamakan

Johor Bahru,

(BWCCF) turut dilaksanak­an sejak 2016 bermatlama­t membantu pelajar yang terputus belanja untuk membeli makanan.

“Program ini disalurkan menerusi pemberian buku kupon bernilai RM300 kepada setiap pelajar terpilih menerusi proses saringan secara temu bual.

“Selain itu, turut diperkenal­kan, iaitu Suspended Meal dengan konsep menaja makanan dibayar oleh penderma di kafeteria. Di bawah HEP Johor Bahru terdapat 10 kafeteria bekerjasam­a dalam bantuan ini, pelajar boleh mengambil pelekat bermagnet bernilai RM5 setiap satu sebagai bayaran tunai,” katanya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia