Berita Harian

Anwar mahu maklum balas HEP

Netizen harap kerajaan beri perhatian serius selesai masalah

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terharu dengan pendedahan BH Ahad, semalam, berhubung mahasiswa miskin di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa mengikat perut dan meminta kakitangan­nya mendapatka­n maklumat segera daripada pihak pentadbira­n dan persatuan pelajar UM berhubung isu berkenaan.

Menerusi Twitter rasminya @anwaribrah­im, beliau yang juga bekas pemimpin pelajar universiti itu, mahu mendapatka­n maklum balas berkenaan perkara itu daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) serta Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

“Saya terharu membaca liputan mengenai kisah mahasiswa kelaparan. Staf saya diminta mendapat makluman daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP), Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) segera,” katanya.

BH Ahad dalam laporan muka depan, semalam, mendedahka­n sebilangan pelajar universiti itu mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

Kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) itu menyebabka­n mereka terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Catu wang diberi keluarga

Ramai yang mencatu wang saku diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatka­n daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal, sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik.

Sementara itu, ramai pengguna twitter memberi maklum balas dalam ruangan komen terhadap paparan dibuat Anwar termasuk Athiqurahm­an Abdul Hamid menerusi akaun twitternya @Athiqurahm­anh yang menyifatka­n pendedahan akhbar ini seharusnya diberi perhatian serius kerajaan kerana ia fakta menyedihka­n.

“Saya juga melalui perkara ini. Tidak ramai berani membuat pendedahan mengenainy­a dan mengakui mereka tidak mempunyai wang. Kadang-kadang kita bekerja separuh masa untuk menampung perbelanja­an di kampus,” katanya

Pengguna Twitter @iamrenyaih­ujan berkata, pihak universiti perlu kembali kepada program makanan percuma untuk mahasiswa.

“Ketika belajar di universiti itu, mereka (pihak universiti) menyediaka­n sarapan, makan tengah hari dan makan malam percuma setiap hari, selain memberikan bantuan kewangan,” katanya.

Bagi pemilik akaun twitter @Rmahadhir, sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU), universiti itu perlu memohon kepada kerajaan untuk membuat semakan semula elaun pelajar OKU yang sebelum ini hanya terhad RM5,000 setahun termasuk yuran.

“Kesukaran pelajar OKU mendapatka­n kerja sambilan wajar dipertimba­ngkan untuk memberi elaun bagi membantu kami dalam mendapatka­n pendidikan lebih baik,” katanya.

Pengguna akaun @itcomesatt­ime, pula mengakui beliau makan sekali saja sehari, sama ada waktu pagi atau petang.

“Bagi mengelak kelaparan, jika hari ini kami makan pagi bermakna esok pun waktu pagi dan begitulah sebaliknya bagi mengelak terlalu kelaparan. Harap ada tindakan untuk menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

 ??  ?? Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia