Berita Harian

Jangan makan dicatu, pakai mengalahka­n artis

-

Menyedihka­n apabila ada mahasiswa terpaksa ikat perut akibat kesempitan kewangan. Ada mencatu wang saku harian, tidak kurang juga berpuasa kerana tidak cukup wang untuk beli makanan. Ini antara pengorbana­n sebahagian mahasiswa khususnya dari keluarga berpendapa­tan rendah untuk berjaya, demi mengubah status ekonomi keluarga ke arah lebih stabil. Ramai rasanya setuju isu ikat perut dalam kalangan mahasiswa bukan baharu. Namun menyedihka­n ada melabel golongan ini sebagai ‘manja’ atau ‘lembik’ kerana tidak pandai berusaha, sedangkan ramai sebenarnya bekerja sambilan di kedai makanan segera untuk mencari wang saku tambahan. Dengan beban membahagik­an masa antara bekerja dan belajar, wajarkah kita label mereka sebagai manja. Apa pula nak dilabel mahasiswa lebih bernasib baik kerana datang daripada keluarga berada. Kita puji usaha perwakilan pelajar yang membantu meringanka­n beban mahasiswa dalam kelompok ini melalui pelbagai inisiatif seperti Saji Siswa dan sebagainya. Mungkin badan bukan kerajaan (NGO) atau jabatan zakat boleh pertimbang salur kerjasama dan peruntukan untuk bantu mahasiswa ini. Di sebalik kesempitan hidup, harapnya tiadalah mana-mana mahasiswa yang ikat perut ini disebabkan sikap boros berbelanja semata-mata untuk bergaya. Agak tidak sesuai apabila makannya dicatu, tetapi telefon bimbit dan gaya pakaian mengalahka­n artis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia