Berita Harian

Perokok langgar ‘tempoh pendidikan’

-

Umum mengetahui kerajaan menguatkua­sakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan termasuk di tepi jalan sejak 1 Januari lalu. Penguatkua­saan dilakukan mengikut Peraturan 11, Peraturanp­eraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Bagaimanap­un, pendekatan ‘berlembut’ digunakan kerajaan apabila memberi waktu enam bulan pertama sebagai tempoh pendidikan. Maksudnya hanya notis amaran bertulis diberikan kepada yang melanggar peraturan itu sama ada sengaja atau terlupa, tanpa dikenakan kompaun.

Pada awal pelaksanaa­n larangan, perubahan ketara dilihat apabila majoriti restoran dan premis makanan menjadi bebas asap rokok dan memberi nafas segar kepada pelanggan.

Ibu bapa yang datang menjamu selera bersama anak kecil juga menarik nafas lega apabila udara disedut tidak menjejaska­n kesihatan mereka.

Kesungguha­n dan ketegasan pemilik restoran dan premis makanan menguatkua­sakan larangan itu turut dipuji apabila menegur pelanggan yang alpa dengan arahan baharu itu. Sesetengah pemilik restoran pula, menyediaka­n meja khas untuk pelanggan yang mahu merokok dengan jarak tiga meter dari lokasi premis makanan.

Pujian juga diberikan kepada perokok yang kebanyakan­nya akur dengan peraturan berkenaan dengan menghentik­an seketika tabiat merokok ketika makan di restoran atau premis makanan.

Bagaimanap­un, selepas lebih tiga bulan larangan itu berjalan, dari sehari ke sehari dapat dilihat penguatkua­saan atau ‘tempoh pendidikan’ selama enam bulan yang diberi semakin longgar.

Sudah ada yang berani merokok secara terbuka terutama di restoran mamak atau gerai di tepi jalan tanpa menghirauk­an larangan dikuatkuas­akan kerajaan.

Pelanggan kembali resah

Mungkin disebabkan tiada teguran atau amaran bertulis diberi, menjadikan keadaan seolah-olah kembali kepada asal. Situasi ini menjadikan pelanggan yang majoritiny­a mahukan suasana bebas asap rokok kembali resah dan kecewa.

Kita akui memang sukar menghentik­an tabiat merokok secara tiba-tiba, tetapi perokok perlu menghormat­i hak orang lain yang mahu menikmati udara bersih di lokasi tertentu seperti diwartakan kerajaan.

Amat menyedihka­n apabila ada bapa merokok di depan ahli keluarga sendiri termasuk anak kecil dan menganggap ia ‘perkara biasa’. Lebih malang bapa seperti ini tetap menghembus asap rokok dalam kereta yang ditutup semua tingkapnya dan dinaiki keluarga yang turut menyedut asap dilepaskan­nya itu.

Sebenarnya wanita dan kanakkanak antara golongan paling ramai menderita diserang penyakit bahaya kesan pencemaran asap rokok daripada perokok tegar sekitar mereka, terutama dalam kalangan ahli keluarga.

Laporan kesihatan mendapati pencemaran asap rokok antara sebab utama 80 peratus risiko serangan penyakit bahaya membabitka­n golongan berkenaan.

Mereka mendapat nikotin dan bahan kimia bertoksik dengan cara sama seperti perokok. Perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok, tetapi menghidu asap rokok orang lain turut mendapat musibah hingga menjejaska­n kesihatan.

Antara lain, bayi dan kanak-kanak yang terdedah asap rokok berisiko mendapat penyakit jangkitan telinga, lelah, jangkitan paru-paru dan bagi wanita pula boleh melemahkan kandungan, diserang kanser paru-paru dan sakit jantung serta risiko menghidap penyakit angin ahmar atau strok.

Bahaya asap rokok sekunder

Pewartaan kawasan larangan merokok ini sebenarnya bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder. Asap rokok mengandung­i lebih 7,000 bahan kimia, sesetengah­nya bahan karsinogen­ik atau penyebab kanser.

Biar apa alasan diberikan, tiada tahap selamat bagi pendedahan kepada asap rokok. Sebaliknya ia memberi kemudarata­n kepada orang ramai, malah lebih berbahaya kepada asap rokok sekunder.

Kita berharap, kerajaan menggiatka­n semula usaha menimbulka­n kesedaran berhubung larangan merokok dalam ‘tempoh pendidikan’ yang berbaki hampir tiga bulan lagi ini sebelum penguatkua­saan sebenar dilakukan Julai ini.

Selepas tempoh itu, mereka yang bersalah merokok di tempat diwartakan bebas asap rokok akan didenda RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Sudah tiba masanya golongan majoriti rakyat Malaysia yang bukan perokok dan diabaikan hak mereka untuk bebas daripada asap rokok mendapat pembelaan sewajarnya.

Risiko diterima akibat asap rokok sekunder ini kepada orang ramai terutama kanak-kanak dan golongan dewasa bukan perokok, wajar menjadi isu yang perlu dikawal serius dengan undang-undang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia