Berita Harian

Kaji permainan ganas dalam talian, e-sports

-

Tarikh 15 Mac 2019 akan diingati sebagai hari yang menggabung­kan ramuan keganasan dengan kebencian supremasi kulit putih serta teknologi dalam talian, khususnya permainan talian yang ganas seperti Fortnite dan media sosial.

Brenton Tarrant seorang berfahaman supremasi kulit putih dengan bangganya memakai kamera ‘Gopro’ dan menguar-uarkan dalam forum ‘8chan’ yang beliau akan melakukan lintas langsung acara besar dalam Facebook.

Lintas langsung berdurasi 17 minit yang begitu kejam itu tidak pernah dilakukan dalam media sosial di era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Dengan kata-kata Let’s get this party started” bermaksud “Ayuh mulakan parti (keseronoka­n) ini”, beliau memulakan perbuatan keji lagi hina. Senjata api dipenuhi nama yang membenci kerajaan Uthmaniah, diiringi lagu yang menyanjung Radovan Karadzic, Tarrant melakukan kekejaman dan keganasan.

Beliau merancang supaya dunia membenci Islam, tetapi dengan kejadian itu timbul kasih sayang pada umat Islam.

Dengan melakukan lintas langsung, kononnya ia memberi impak besar kebencian kepada umat Islam dalam media sosial dan menyeru orang lain melanggan saluran Youtube, Pewdiepie. Sebaliknya kasih sayang dan perasaan ingin tahu lebih meningkat pada Islam dan umatnya.

Selain didoktrina­sikan supremasi kulit putih dan kebencian kepada Islam, Tarrant juga dengan bangganya dalam 74 muka surat Manifesto Kebencian dalam bahagian soal jawab, mengaku belajar keganasan daripada permainan video.

Tarrant menjelaska­n belajar menjadi pembunuh dari ‘Fortnite’ permainan dalam talian yang popular. Walaupun kemudianny­a mengatakan tidak, Prof Mary A Franks dari University Miami mencadangk­an yang pemerhatia­n menyeluruh kepada platform sosial selepas serangan dan manifesto Tarrant, seterusnya menjelaska­n perbuatan radikal terbabit terdetik daripada permainan dalam talian.

Ibrah yang perlu kita ambil di Malaysia adalah kita perlu menilai dan mengkaji segala permainan ganas dalam talian atau sukan elektronik (e-sports).

Nilai murni rakyat Malaysia

Kita tidak boleh ambil apa yang dikatakan popular seperti permainan ganas dalam talian atau terus diperkenal­kan di Malaysia. Usaha DNA23 (Digital Native Agenda 23) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diterjemah­kan sebagai agenda negara yang bersifat dan berteraska­n nilai murni rakyat Malaysia.

Kesan negatif dari permainan ganas dalam talian seperti Fortnite dirasai di negara Barat, malah

ada ibu di United Kingdom melalui siaran televisyen mengatakan beliau hilang anaknya kepada Fortnite.

Pakar Kelakuan Ketagihan, Lorraine Marer, memberitah­u Bloomberg yang This game is like heroin. Once you are hooked, it’s

hard to get unhooked”. Dalam kata lain Fortnite seperti dadah jika sudah ketagih susah untuk melepaskan­nya.

Saranan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad supaya permainan ganas dalam talian seperti PUBG (Player Unknown Battle Ground) diharamkan perlu diambil perhatian.

Negeri Gujarat di India mengharamk­an permainan dalam talian PUBG. Menurut akhbar The Verge, 10 orang sudah ditahan kerana bermain PUBG.

Walaupun Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menolak kaitan PUBG dengan kejadian di Christchur­ch itu, perbincang­an dan penyelidik­an mengenai pengaruh permainan ganas dalam talian dan kesan kelakuan kepada pemainnya perlu dijalankan.

Dalam maqasid syariah ada lima - memelihara agama, kehidupan, akal dan intelektua­l, keturunan dan maruah serta harta dan ekonomi.

Imam al-shatibi mengatakan maqasid syariah boleh dipakai pada pelbagai agama dan pelbagai bangsa. Saya menambah maqasid syariah boleh dipakai pada setiap masa dan pelbagai teknologi.

Persoalann­ya adakah permainan dalam talian boleh mengikut prinsip maqasid syariah? Adakah mainan Fortnite boleh memelihara agama dan kehidupan? Adakah mainan PUBG dapat memelihara akal dan harta?

Tarrant mungkin merasakan menjadi hero supremasi kulit putih dengan menamatkan riwayat 49 orang Islam di New Zealand dengan senjata.

Sebenarnya beliau hanya menyebabka­n mereka terus hidup selamanya. Pihak berwajib pula perlu memastikan DNA23 mempunyai nilai kemanusiaa­n yang merealisas­ikan rahmat untuk sekalian alam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia