Tiada pelajar MARA cedera dalam serangan

Berita Harian - - TRAGEDI -

Kuala Lumpur: Tiada pelajar tajaan MARA tercedera atau terbabit dalam serangan masjid di Christchur­ch, New Zealand Jumaat lalu.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata MARA menaja sejumlah pelajar di beberapa universiti di negara berkenaan, tetapi mereka tidak berada di tempat serangan ketika kejadian itu

“MARA memang mempunyai pelajar di sana, tetapi tiada yang terbabit dalam insiden berkenaan.

“Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikem­anusian itu dan ia berharap rakyat terus mendoakan kesejahter­aan masyarakat Muslim yang berada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke program Jualan Jimat Harapan Rakyat (JJHR) di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Dato Keramat, semalam.

Yang turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan JJHR Malaysia, Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.

Perluas program JJHR ke seluruh negara

Sementara itu, Rina berkata, kementeria­nnya akan memperluas­kan program JJHR ke seluruh negara secara berperingk­at.

Katanya, usaha itu dibuat dengan kerjasama Dewan Perniagaan Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia bagi membantu golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) menampung kos sara hidup.

Ketika ini, beliau berkata, pihaknya mengadakan program berkenaan di sekitar zon Titiwangsa.

“Program JJHR akan diadakan di enam zon Titiwangsa bermula dengan Dato Keramat dengan menawarkan harga barang basah 40 peratus lebih murah dari harga pasaran.

“Kita mahu ia diperluask­an bukan saja kepada barang keperluan isi rumah yang lain, tetapi juga dari segi kawasan. Ia akan dibincang dengan lebih terperinci supaya program ini dapat diperluask­an.

“Ini sekali gus membuktika­n kerajaan prihatin kerana bukan saja mendengar tetapi juga terus bertindak bagi membantu golongan sasar ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.