Kerajaan didesak haramkan PUBG

Permainan beri kesan negatif kepada kanak-kanak, remaja

Berita Harian - - TRAGEDI - Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Permainan dalam talian Playerunkn­own’s Battlegrou­nd (PUBG) perlu diharamkan kerajaan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan, selain menghilang­kan perasaan belas kasihan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana ia jelas dapat memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja.

“Bagi saya permainan seperti ini sudah lama dirancang. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam, ia bukan sesuatu amalan yang baik dan boleh melalaikan kerana bermain menggunaka­n komputer riba atau telefon bimbit.

“Sebagai kerajaan, perhatikan baik atau buruk dan sama ada ia sesuai dijadikan sukan elektronik di negara ini,” katanya.

Mohd Yusof berkata, permainan itu tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam dan pemerintah wajib mengekangn­ya.

Hilangkan rasa belas ihsan

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari. Saya yakin PUBG boleh menghilang­kan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tiada perasaan.

“Dalam keadaan semasa, jika hukuman mati mahu dihapuskan tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkan kesannya,” katanya.

Mengulas mengenai insiden berdarah di masjid Christchur­ch, New Zealand, Jumaat lalu, katanya, kejadian itu disebabkan pemimpin atasan dunia yang membentuk kebencian terhadap Islam.

“Mereka yang mewujudkan Islamofobi­a. Jika orang atas sudah membenci Islam, menjadi perkara biasa bagi rakyat bawahan melakukan pembunuhan,” katanya.

Sementara itu, di Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata permainan dalam talian termasuk PUBG

Sepang,

tidak wajar dikaitkan dengan unsur keganasan dan serangan di Christchur­ch.

Katanya, keganasan hanya dilakukan pihak yang terpengaru­h dengan fahaman ektremisme.

“Percayalah, ada atau tiada games (permainan berunsur penembakan secara dalam talian), kalau orang (suspek) dah ada fahaman ekstremism­e, mereka akan lakukan dan laksanakan keganasan itu,” katanya selepas majlis perasmian Festival Asia GT di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) semalam.

Syed Saddiq berkata, sebelum ada PUBG, keganasan sudah berlaku.

“Adakah ia bermaksud kita kena haramkan semua games kerana ia berkait rapat dengan unsur penembakan? Saya rasa ia lebih besar pada itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.