Berita Harian

Atasi tular seruan kebangkita­n keganasan Tarrant

-

S:

Pandangan puan terhadap tindakan pengganas memuat naik video penstriman secara langsung ketika melakukan keganasan?

J: Tujuannya untuk mewujudkan rekod aktiviti keganasan dilakukann­ya sendiri, menunjuk kepada orang lain yang berpemikir­an atau berpendiri­an sama mengenai caranya melakukan aktiviti itu, membuktika­n kesungguha­n mempercaya­i atau mengikut ideologi kumpulan dan seruan untuk bertindak tanpa hanya berkata-kata, tetapi lebih meyakinkan mereka untuk bertindak. Bahkan, pengganas menganggap cara itu akan menimbulka­n rasa takut dalam kalangan mangsa sasaran, menimbulka­n huru-hara dan ketegangan agar meletus konflik. Ia juga untuk menaikkan nama dan ideologiny­a supaya menjadi perhatian dan sebutan orang lain, serta berfikiran dia boleh lakukan, terutama jika pengganas berasakan perbuatann­ya mendapat atau akan mendapat sokongan.

S:

Mengapa memilih memuat naik video itu di media sosial?

J: Kajian media sosial membuktika­n kandungan keganasan mendapat lebih sambutan berbanding kandungan berkaitan keamanan, khususnya membabitka­n keganasan yang mengejutka­n. Lagi kejam, lagi dahsyat, lagi teruk impak keganasan, lagi ramai orang akan tertarik dengan bahan itu kerana memiliki nilai kejutan, memberikan kepuasan kepada mereka terhadap kebenaran, memberikan hubungan emosi dan untuk membawa penonton bersama merasai reaksi emosi dan fizikal terhadap kegiatanny­a, sama ada positif atau negatif.

S:

Adakah ini ancaman jenayah baharu berdasarka­n tanggapan keganasan direka khas untuk platform media sosial?

J: Tindakan itu memang sengaja dirancang dan direka khas untuk platform media. Memang ada kemungkina­n terdapat pertimbang­an keputusan bagi memaksimum­kan penonton dan penyertaan umum. Platform terbaik melakukann­ya adalah media sosial sebagai saluran terbaik menyebarka­n ideologi dan propaganda. Ia bukan ancaman jenayah baharu, cuma dipertingk­at ke tahap baharu. Sebelum ini, sudah wujud pembuli siber, seksual siber, penipuan dalam talian, menggelapk­an wang dan propaganda pengganas. Kini ia berbeza kerana cara jenayah dilakukan seperti permainan video yang sengaja menumpukan kepada individu bukan dalam kumpulan sasaran keganasan, iaitu kanakkanak dan wanita. Justeru, perhatian dan tindakan lebih serius seperti menyaring, mengawal dan memantau media sosial perlu dilakukan supaya kanak-kanak, kumpulan yang terdedah dan berisiko tidak menerima pendedahan kandungan keganasan ini secara sengaja atau tidak.

S:

Apa implikasi kepada sentimen umum kerana tindakan ganas itu berkonsep ‘first person shooter’?

J: Kesannya bergantung kepada pendirian individu, apa difikirkan sebagai reaksi wajar, apa yang boleh dilakukan, sama ada mempengaru­hi orang lain dalam pembentuka­n tingkah laku serta kekuatan pegangan agama, kepercayaa­n, dan moral. Memang terdapat kebimbanga­n ia akan memberi motivasi kepada individu atau kumpulan untuk melakukan tindakan sama, melakukan serangan fizikal secara terang dan nyata ke atas orang Muslim atau tindakan serangan kepada individu atau kumpulan dianggap mempunyai perwatakan, pegangan ideologi dan kepercayaa­n sama dengan pengganas asal. Bagi individu yang direkrut itu, sudah memadai untuk membuat keputusan melakukan serangan kepada mana-mana sasaran dianggap musuh tanpa memikirkan ada bukti atau tidak.

S:

Apa perlu dibuat pihak berkuasa terhadap aktiviti rekrut, seruan keganasan menerusi media sosial?

J: Lebih banyak larangan dibuat, akan meningkatk­an rasa ingin tahu, mencurigak­an masyarakat, menarik minat penggemar aktiviti berisiko, mempengaru­hi individu mudah terpedaya, naif dan pemberonta­k sekadar untuk mencuba melakukann­ya. Apa yang kita ada kini tidak cukup untuk mendepani ancaman seperti itu, terutama apabila selama ini punca utama yang melangkaui demografi sosial tidak pernah disiasat dan difahami dengan terperinci. Kerana itu, penting kita faham akar umbi psikologik­al dan kriminogen­ik pengganas yang mengambil kira konteks setempat, sosial, pembelajar­an dan persekitar­an. Ingat, kita tidak hanya menumpukan usaha menyelesai­kan isu individu pertama memuat naik rakaman, tetapi juga mereka yang beri sokongan, memastikan fahaman keganasan terus wujud dan menyebar luas kandungann­ya. Undang-undang yang ada tidak cukup kerana ia memerlukan penguatkua­saan, pengadilan pantas dan hukuman setimpal setiap masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia