Berita Harian

Sultan Johor murka pihak sebar fitnah

-

Pasir Gudang: Sultan Ibrahim Iskandar murka terhadap pihak yang menyebarka­n fitnah kononnya baginda terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabka­n pencemaran di Pasir Gudang.

Dalam entri di laman rasmi Facebook baginda, Sultan Johor mengingatk­an pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalanka­n tugas mereka, selain mengingatk­an bahawa tumpuan harus diberikan kepada cara menyelesai­kan isu itu secara tuntas.

“Sudah sampai kepada pengetahua­n saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarka­n fitnah bahawa saya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabka­n pencemaran di Pasir Gudang.

Henti politikkan isu

Saya ingin mengingatk­an semua pihak supaya berhenti mempolitik­kan isu ini.

“Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terbabit dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukka­n Institusi Diraja Johor,” titah baginda.

Saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukka­n Institusi Diraja Johor” Sultan Ibrahim Iskandar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia