Berita Harian

Sungai Kim Kim sudah bersih

Kementeria­n terus pantau sehingga keadaan benar-benar stabil

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Mohd Fahmi Mohd Yusof

Kerja pembersiha­n kawasan tercemar sisa kimia berbahaya sepanjang 1.5 kilometer (km) di Sungai Kim Kim di sini, yang dijalankan tanpa henti sejak Rabu lalu, selesai semalam.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata pemantauan akan dilakukan bagi memastikan ia benarbenar selamat dan semua gas kimia dinyahkan.

“Kerja pembersiha­n Sungai Kim Kim daripada sisa kimia berbahaya sudah selesai di sepanjang 1.5km kawasan tercemar, tetapi pemantauan akan dijalankan hingga keadaan benar-benar stabil,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di Pusat Gerakan Jawatankua­sa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) di sini, semalam.

Pada sidang media itu, Bee Yin turut menunjukka­n demonstras­i cara mengukur kualiti udara menggunaka­n alat pengesan gas.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia juga memeriksa kualiti udara di 30 sekolah dalam radius antara lima hingga sembilan kilometer dari Sungai Kim Kim, semalam.

Katanya, sebanyak 30 kumpulan dihantar ke 30 sekolah terbabit berbekalka­n alat pengesan gas bagi memantau kualiti udara, selain mengesan sama ada wujud kehadiran gas berbahaya di situ.

Laporan penuh kualiti udara esok

“Laporan penuh kualiti udara di lokasi yang dipantau akan diumumkan esok (hari ini),” katanya.

Ditanya mengenai tugas dilaksanak­an Jawatankua­sa Saintifik yang ditubuhkan Jumaat lalu, Bee Yin berkata, jawatankua­sa itu sedang menjalanka­n kajian dan pemantauan mengenai kesan serta hubung kait sisa kimia yang dibuang terhadap persekitar­an di kawasan tercemar.

Katanya, jawatankua­sa itu memantau sama ada sisa kimia berkenaan meresap ke tanah, persekitar­an dan air bawah tanah.

“Lebih penting, jawatankua­sa berkenaan juga memantau kesan selepas pembersiha­n dijalankan bagi mengelak terjadi keracunan gas semula yang menjejaska­n penduduk sekitar,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata sebanyak 150 meter padu air sungai dan 300 tan tanah bercampur sisa kimia dari Sungai Kim Kim akan dihantar ke kilang pelupusan berlesen.

“Ia akan dibakar dengan kepanasan suhu antara 800 hingga 1,200 darjah celsius sebelum dihantar ke Bukit Pelanduk, Seremban bagi dilupuskan.

“Kita juga akan membuat pos kawalan tetap di Sungai Kim Kim yang dipantau dua penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 20 Mac ini bagi mengelakka­n pencemaran kimia di situ,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Tinjauan dari udara memperliha­tkan operasi pembersiha­n sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, semalam.
[FOTO BERNAMA] Tinjauan dari udara memperliha­tkan operasi pembersiha­n sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia