Berita Harian

Lawatan kerja ke Batam dirancang lebih awal: MB

-

Pasir Gudang: Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, menjelaska­n lawatan delegasi kerajaan negeri ke Pulau Batam, Riau, pada Jumaat lalu ketika penduduk di sini, berdepan pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim, dirancang lebih awal bagi mempromosi Tahun Melawat Johor 2020.

Katanya, lawatan bagi meningkatk­an kerjasama penggerak industri pelanconga­n dan pelabur Johor dengan pemain industri di Indonesia khususnya di pulau itu, dirancang tiga hari tetapi dipendekka­n kepada kurang 24 jam.

“Kami pendekkan lawatan hingga kurang sehari atas keperluan mendesak untuk mengurus operasi pembersiha­n di Pasir Gudang.

“Sepanjang kurang 24 jam di Batam, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana berhubung dengan saya setiap dua jam untuk memastikan keperluan dan operasi mengawal bencana terus berjalan lancar dan teratur.

Batal sesi pertemuan

“Saya juga membatalka­n beberapa sesi pertemuan yang dirancang, namun beberapa mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan terpaksa dilaksanak­an. Ini penting sebagai persediaan kerajaan negeri dalam menghadapi Tahun Melawat Johor 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, netizen mempertika­ikan kewajaran Osman dan rombongann­ya ke Batam yang didakwa tidak sesuai dalam keadaan pencemaran toksik masih berlarutan dan penduduk berada dalam keadaan panik.

Osman yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Johor, berkata beliau berterima kasih kepada Wali Kota Batam, Muhammad Rudi kerana memahami kenapa sesi lawatan dan mesyuarat terpaksa dibatalkan dan dipendekka­n berikutan bencana di Pasir Gudang.

“Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai salah faham atau kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai lawatan kerja ke Batam.

“Saya berterima kasih kepada semua kakitangan dan agensi yang gigih berkerja 24 jam tanpa henti bagi mengurus dan mengawal operasi bencana ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia