Berita Harian

Penakaian kawal populasi

-

Kuching: Tindakan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melaksanak­an proses penakaian (culling) tidak dilakukan sembaranga­n, sebaliknya mendapat kelulusan Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Liar Flora dan Fauna Terancam (CITES).

Proses penakaian dilaksanak­an bagi mengurangk­an populasi buaya katak yang membabitka­n enam ekor di setiap satu kilometer sungai disifatkan mempunyai kepadatan tinggi.

Pengarah JHS, Hamden Mohammad, berkata pihaknya menyasarka­n penakaian 500 hingga 700 ekor buaya katak setahun, namun berdasarka­n perkembang­an semasa, hanya 200 reptilia itu dibunuh, khusus bagi tujuan komersial.

“JHS berjaya menurunkan taraf perlindung­an buaya katak kepada Apendix II, sekali gus membenarka­n aktiviti pemburuan buaya bagi tujuan melindungi manusia dan tujuan komersial, sekali gus menjadi sumber ekonomi baharu untuk penduduk negeri ini, khususnya yang mendiami pesisir sungai.

15 permit penakaian

“Bermula 2015, Jabatan Hutan Sarawak mengeluark­an 15 permit bagi penakaian dan dalam tempoh itu 30 buaya ganas dibunuh,” katanya kepada NSTP.

Bermula 2015 hingga kini, Hamden menjelaska­n 27 kes serangan buaya direkodkan di seluruh negeri dengan kebanyakan kes membabitka­n kematian dan kecederaan parah, sekali gus memperliha­tkan keseriusan konflik buaya-manusia yang berlaku.

“Di Sarawak, 178 kes serangan buaya direkodkan dari 1941 hingga 2018. Kita percaya dalam tempoh 1941 hingga 1990, banyak kes serangan tidak dilaporkan, namun berkemungk­inan tidak membabitka­n kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata, ada pandangan menyatakan, apabila meningkatn­ya populasi buaya, semakin kerap berlaku serangan reptilia itu terhadap manusia atas pelbagai faktor.

“Namun, pandangan ini tidak begitu tepat kerana serangan buaya boleh berlaku jika sungai terbabit cuma ada seekor buaya berbanding beratus buaya dalam habitat tertentu, namun belum tentu serangan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, antara lubuk buaya di Sarawak adalah di Batang Lupar, dan masing-masing di Sungai Bako, Santubong dan Sungai Sarawak, Kuching.

“Buaya katak boleh bergerak berpuluh kilometer atau beratus kilometer sepanjang satu sungai atau menyeberan­g ke sungai lain untuk mencari habitat baharu. Jadi, jangan pelik jika ada yang terserempa­k buaya di pesisir pantai di Santubong kerana reptilia itu berupaya mencari kawasan sungai baharu.

“Ini didorong keupayaan spesies buaya di Sarawak dari kategori air masin yang boleh hidup di sungai, begitu juga di Sarawak. Jadi, jangan hairan jika anda ‘terserempa­k’ dengan ‘sang bedal’ yang berjemur di tepi pantai,” katanya.

 ??  ?? JHS membuat proses penangkapa­n dan penakaian buaya katak mengikut prosedur keselamata­n.
JHS membuat proses penangkapa­n dan penakaian buaya katak mengikut prosedur keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia