Dua lemas ketika mandi air terjun

Mayat mangsa ditemui dalam lubuk sungai

Berita Harian - - TRAGEDI - Oleh Muhammad Apendy Issahak

Keriangan empat sahabat mandi-manda di Air Terjun Bukit Raja di Kampung Perak, Batu Kurau, dekat sini semalam berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Mayat Mohammad Furqan Mohamad Yahaya, 20, beralamat di Kampung Perak dan Mohd Zaid Aqwah Putra, 20, dari Kampung Sungai Ara, ditemui penduduk kampung yang cuba membantu menyelamat­kan mereka dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.45 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati empat pemuda berusia lingkungan 20-an mandi di kawasan itu sebelum seorang daripada mereka hampir lemas. Keadaan itu menyebabka­n seorang lagi rakan mereka cuba membantu, namun akhirnya kedua-dua mereka lemas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Operasi mencari

Osman berkata, penduduk kampung kemudian menjalanka­n operasi mencari sebelum mayat kedua-dua mangsa dijumpai di sungai yang berkedalam­an kira-kira empat meter.

“Ketika polis tiba 15 minit selepas terima maklumat, kedua-dua mangsa sudah dijumpai dan dibawa ke tebing sungai. Tempat kejadian adalah lubuk sungai dan kawasan berbukit yang mana mayat ditemui di dalam lubuk sungai berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan punca kematian disahkan akibat lemas.

[FOTO IHSAN PEMBACA]

Mohammad Furqan dan Mohd Zaid lemas ketika mandi di Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.