Rakyat Malaysia ditahan di Perth

Berita Harian - - TRAGEDI -

Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia ditahan pegawai Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Perth, Australia kerana didapati memiliki bahan eksploitas­i kanak-kanak dalam telefon bimbitnya.

ABF menerusi satu kenyataan media, kelmarin memaklumka­n lelaki berusia 36 tahun itu ditahan Jumaat lalu ketika proses pemeriksaa­n bagasi sejurus dia tiba menerusi satu penerbanga­n dari Kuala Lumpur.

Rampas telefon bimbit

“Ketika pegawai ABF memeriksa telefon bimbitnya, mereka menemui bahan menjijikka­n, termasuk video penderaan seksual kanak-kanak. Telefon bimbitnya kemudian dirampas dan visa lawatannya dibatalkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, suspek dibawa dan dituduh di Mahkamah Majistret Perth kerana membawa masuk bahan terlarang di bawah barangan dikelaskan sebagai Tier 2 mengikut Seksyen 233 BAB(5) Akta Kastam 1901, kelmarin.

Mengikut kenyataan itu, suspek berdepan hukuman penjara 10 tahun dan/atau denda sehingga AU525,000 (RM1.52 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.