Berita Harian

Strategi ‘TM Baharu’ realisasi negara digital

Pelan strategik tiga tahun tumpu pemusatan pelanggan, harungi cabaran jangka panjang

- Oleh Nurhayati Abllah

Telekom Malaysia Bhd (TM), gergasi telekomuni­kasi meneruskan perjalanan fasa pengukuhan­nya dengan melaksanak­an pelan strategik terbaru, TM Baharu atau ‘New TM’ meskipun menjangkak­an berdepan situasi mencabar tahun ini.

Pelan strategik tiga tahun (2019-2021) itu memberi tumpuan kepada pemusatan pelanggan menuju ke arah merealisas­ikan aspirasi Malaysia sebagai negara digital menerusi sambungan dan infrastruk­tur digital.

Penyedia jalur lebar tetap terbesar negara itu menetapkan hala tuju perniagaan baharu untuk membantu kumpulan mendepani cabaran untuk jangka sederhana dan panjang.

Ia selepas TM berdepan kemerosota­n prestasi kewangan pada 2018 dengan penurunan ketara keuntungan bersih.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar, berkata TM berdepan antara tempoh paling mencabar pada 2018 berikutan ketidakten­tuan dalam industri dan persekitar­an operasi.

Lakukan transforma­si

“Kami menjangkak­an trend berkenaan akan berterusan pada tahun ini. Landskap yang berubah turut memberi kesan kepada keperluan. Justeru, transforma­si sangat diperlukan dan pelaksanaa­n ‘New TM’ adalah tepat pada masanya.

“Bagaimanap­un, di bawah ‘New TM’, kumpulan tidak memperuntu­kkan sebarang perbelanja­an modal (capex) tambahan sebaliknya hanya membabitka­n peratusan sama seperti 2018 iaitu berjumlah 18 peratus atau RM2.13 bilion daripada pendapatan tahun lalu,” katanya dalam satu temu bual, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TM mencatatka­n keuntungan bersih RM153.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, susut 83.5 peratus berbanding RM929.7 juta pada tahun sebelumnya, berikutan impak ketidakten­tuan industri dan landskap operasi, namun menjangkak­an tahun yang lebih baik pada 2019.

Pendapatan konglomera­t itu susut 2.2 peratus kepada RM11.82 bilion berbanding RM12.09 bilion tahun sebelumnya, berikutan hasil yang rendah dari suara, data dan perkhidmat­an berkaitan bukan telekomuni­kasi.

Imri berkata, realiti yang perlu dihadapi TM ialah menjaga kesetiaan pelanggan kerana jika tidak ditangani sewajar-nya, boleh menyebabka­n kehilangan pelanggan yang beralih kepada pesaing lain.

“TM adalah milik rakyat dan seharusnya keperluan mereka menjadi keutamaan. Lebih 70 peratus pegangan TM dimiliki syarikat pelaburan kerajaan yang mempunyai kepentinga­n rakyat iaitu antaranya Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

“Justeru, pelan strategik ini akan memberi fokus kepada pelanggan dan kita akan memastikan semua warga TM mampu memenuhi keperluan ini dan ia sememangny­a cabaran untuk kami dengan kekuatan kakitangan TM yang kini berjumlah 24,000 tenaga kerja,” katanya.

Tumpu produk utama

Melangkah ke hadapan, Imri berkata, TM akan memberi tumpuan kepada penumpuan perkhidmat­an menerusi penjualan produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan di bawah satu jenama.

Menerusi rangkaian tiga produk utama TM, sebanyak 2.23 juta isi rumah dan 400,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunaka­n perkhidmat­an Unifi manakala 11,000 enterprise dan sektor awam melanggan perkhidmat­an TM One, sementara 500 penyedia perkhidmat­an antarabang­sa dan domestik melanggan TM Global.

Imri berkata, berdasarka­n garis panduan 2019, TM turut menjangkak­an perolehan akan merekodkan penurunan satu digit manakala perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pula akan lebih tinggi berbanding 2018.

Pelan strategik ini akan memberi fokus kepada pelanggan dan kita akan memastikan semua warga TM mampu penuhi keperluan ini dan ia sememangny­a cabaran untuk kami” Imri Mokhtar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia