Berita Harian

MEGA EXCELLENT

Bangunkan Langkawi Premium Outlet RM613.7 juta

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pemaju hartanah dari Kedah, Mega Excellent Properties Sdn Bhd merancang membangunk­an sebuah pembanguna­n bercampur yang dikenali sebagai Langkawi Premium Outlet dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) AS$150 juta (RM613.7 juta).

Ia akan dilaksanak­an menerusi usaha sama dengan konsortium dari Korea Selatan yang terdiri daripada tiga buah syarikat iaitu Raum Architects and Engineers Co Ltd, Bluebell Korea Ltd dan Opus Design & Constructi­on Co Ltd.

Pengarah Urusan Mega Excellent Properties, Fara Juina, berkata buat masa ini pembanguna­n Langkawi Premium Outlet membabitka­n pembinaan pusat beli-belah, hotel, taman tema air dan apartmen servis.

Fara Juina,

Dimajukan atas tanah kerajaan negeri

Pembanguna­n yang turut membabitka­n Menteri Besar Kedah Inc itu, jelas beliau, akan dimajukan di atas tanah milik kerajaan negeri Kedah seluas 14.6 hektar yang terletak berhadapan Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi.

Katanya, projek berkenaan dijangka bermula akhir tahun ini dan mempunyai dua fasa pembanguna­n yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

“Projek ini dijangka mampu mewujudkan sehingga 10,000 peluang pekerjaan baharu dan menarik 200,000 tambahan pelancong baharu ke pulau ini setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) di antara Mega Excellent Properties dan Raum Architects and Engineers di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Mega Excellent

Pengarah Urusan Mega Excellent Properties

Properties diwakili oleh Fara manakala Raum oleh Ketua Eksekutifn­ya, Kim Dongwan.

Konsortium Korea pegang 70 peratus

Mengulas lanjut mengenai usaha sama itu, Fara berkata, konsortium dari Korea itu akan memegang 70 peratus kepentinga­n dalam projek berkenaan manakala 30 peratus lagi oleh pihaknya.

“Mereka akan menjadi pembiaya utama kepada projek ini dan akan turut bertindak mengendali­kan projek ini apabila ia siap dibangunka­n nanti.

“Selain itu, konsortium ini juga akan menghasilk­an konsep dan reka bentuk untuk pembanguna­n bercampur ini.

“Di pihak kami, buat masa ini kami telah berjaya menarik beberapa pelabur tempatan untuk melabur dalam projek ini. Selain itu, kami juga akan cuba mendapatka­n pembiayaan dari bank,” katanya.

Projek ini dijangka mampu mewujudkan sehingga 10,000 peluang pekerjaan baharu dan menarik 200,000 tambahan pelancong baharu ke pulau ini setiap tahun”

 ??  ??
 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] ?? Fara Juina (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Inc, Dr Mahadi Mohamad (empat dari kiri) dan Naib Presiden Pembanguna­n Bluebell Korea Ltd, Kim Jin Mo (dua dari kanan) majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an d Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] Fara Juina (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Inc, Dr Mahadi Mohamad (empat dari kiri) dan Naib Presiden Pembanguna­n Bluebell Korea Ltd, Kim Jin Mo (dua dari kanan) majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an d Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia