Berita Harian

HARLEY DAVIDSON

Tawaran harga lebih rendah pacu jualan

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Pengeluar motosikal ikonik Amerika Syarikat (AS), Harley Davidson Motor Company, mengunjur peningkata­n jualan besar-besar dalam pasaran Asia susulan siapnya pembinaan kilang baharunya di Thailand.

Kilang yang beroperasi sebagai pusat pemasangan komponen dan alat ganti motosikal berjenama terkemuka itu dikatakan baharu sahaja mula beroperasi.

Pengurus Rantau Harley Davidson Asia Pasifik, Koh Jyh Woei, berkata pihaknya kini giat untuk mendapatka­n hasil lebih positif, tambahan dengan harga ditawarkan bagi kebanyakan model motosikal dipasang dari kilang baharu itu jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

“Setakat ini, masih terlalu awal untuk kita memberikan sasaran jelas mengenai nilai jualan yang mampu diraih kerana mahu melihat terlebih dahulu selok-belok pasaran, memandangk­an kilang itu baharu sahaja beroperasi.

“Namun, kita yakin berada pada landasan cukup baik apabila kebanyakan model motosikal jenama ini berjaya mencatatka­n penurunan harga dan ia sudah pasti memberi kesan positif terhadap perniagaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Semula Cawangan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) Harley Davidson Pulau Pinang di Auto City, Juru, semalam.

Pelancaran semula

Pelancaran semula cawangan itu dibuat selepas GB Motorcycle­s Sdn Bhd di bawah sebahagian kumpulan syarikat Didi Resources dilantik menjadi wakil pengedar Harley Davidson baharu di negeri ini.

Ia susulan penamatan kontrak daripada konglomera­t automotif tempatan, Naza World Group, pada akhir 2017 lalu.

Cawangan Harley Davidson Pulau Pinang yang berkeluasa­n 6,000 kaki persegi itumenawar­kan keseluruha­n barisan motosikal keluaranny­a, selain dilengkapi alat ganti tulen, pakaian berjenama dan kelengkapa­n menunggang.

Jyh Woei berkata, biarpun harga kebanyakan model diturunkan, namun hasil pembuatann­ya tetap menjanjika­n rekaan dan mutu pengeluara­n berkualiti sama seperti keluaran di Amerika Syarikat.

Selain Thailand, Harley Davidson turut mempunyai kilang pemasangan di Brazil, India dan Australia.

Sementara itu, Pengarah Urusan GB Motorcycle­s dan Didi Resources, Goh Kian Sin, berkata kira-kira RM6 juta dilaburkan bagi pembukaan semula Harley Davidson di Pulau Pinang.

“Ia perbelanja­an agak besar, namun kita tetap lakukan demi memberikan terbaik kepada pelanggan khususnya dari segi keselesaan berkunjung ke cawangan ketiga ini, selepas Petaling Jaya dan Melaka,” katanya.

Kita yakin berada pada landasan cukup baik apabila kebanyakan model berjaya mencatatka­n penurunan harga dan sudah pasti memberi kesan positif” Koh Jyh Woei, Pengurus Rantau Harley Davidson Asia Pasifik

 ??  ??
 ?? [ FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/ BH ] ?? Kian Sin (kiri) dan Jyh Woei (tiga dari kiri) bergambar bersama pemilik motosikal model MY19 Tri Hlide Ultra dan Roadglide CVO pada Majlis Pelancaran Semula Cawangan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) Harley Davidson Pulau Pinang di Auto City, Juru, semalam.
[ FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/ BH ] Kian Sin (kiri) dan Jyh Woei (tiga dari kiri) bergambar bersama pemilik motosikal model MY19 Tri Hlide Ultra dan Roadglide CVO pada Majlis Pelancaran Semula Cawangan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) Harley Davidson Pulau Pinang di Auto City, Juru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia