Berita Harian

TM pertimbang jual aset, cipta nilai masa depan

Langkah sebahagian proses berterusan perkukuh pertumbuha­n syarikat

- Oleh Nurhayati Abllah

Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang mengkaji untuk menjual beberapa bangunan dan tanah miliknya dalam usaha mengumpil nilai untuk syarikat terus berkembang pada masa akan datang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Imri Mokhtar berkata, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada proses berterusan yang dilakukan syarikat dalam usaha untuk terus memperkuku­hkan pertumbuha­nnya.

“Ia adalah proses berterusan yang dilaksanak­an dari semasa ke semasa. Ia bukan sesuatu yang baharu sebaliknya sudah dibuat beberapa tahun lalu.

“Ada sebahagian daripada tanah sedia ada adalah milik TM, manakala sebahagian­nya adalah milik kerajaan.

“Bagaimanap­un, bank tanah ini semakin berkuranga­n kerana kita membangunk­an infrastruk­tur fiber. Jadi, kita akan menilai semula semua hartanah ini,” katanya dalam satu temu bual, barubaru ini.

Pada Februari lalu, TM merancang untuk menjual bangunan miliknya, Annexe 1 dan Annexe 2 yang terletak di bangunan ibu pejabatnya di Lembah Pantai dengan nilai antara RM273.4 juta dan RM312 juta.

Tender jualan dibuka

Dalam satu portal berita melaporkan, tender penjualan bagi bangunan itu sudah dibuka dan pembeli berpotensi mempunyai pilihan untuk membeli sama ada kedua-dua bangunan tanpa penyewa, atau dengan perjanjian penyewaan yang berlainan.

Kedua-dua bangunan itu adalah berstatus pajakan yang dimiliki TM, yang mana masih mempunyai tempoh 53 tahun.

Mengulas lanjut mengenai cadangan penjualan bangunan berkenaan, Imri berkata, pihaknya masih meneliti beberapa pilihan berpotensi yang mampu mencipta nilai.

“Setakat ini, belum ada sebarang keputusan (penjualan) yang dibuat mengenainy­a. Jika ada pilihan terbaik, kita akan pertimbang­kan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Imri berkata, TM juga bercadang untuk mencipta nilai bagi perniagaan menuju kepada Revolusi Industri 4.0 menerusi saling hubungan dan infrastruk­tur digital.

Peluang pertumbuha­n TM One

“Kami melihat banyak peluang pertumbuha­n menerusi TM One, iaitu unit rumusan perniagaan TM. Kami akan membawa kepada penyambung­an atau infrastruk­tur talian tanpa wayar dan tetap yang menonjolka­n kesemua infrastruk­tur digital dan perkhidmat­an,” katanya.

Pada masa ini, Unifi menyumbang 45 peratus kepada pendapatan TM, diikuti dengan TM One berjumlah 35 peratus dan TM Global sebanyak 16 peratus.

Beliau berkata, berdasarka­n prospek pertumbuha­n, pihaknya tidak menolak kemungkina­n TM One dapat mengatasi sumbangan Unifi sebagai penyumbang pendapatan terbesar dalam pendapatan syarikat.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Bangunan Annexe 1 dan Annexe 2 bersebelah­an Menara TM akan dijual.
[ FOTO HIASAN ] Bangunan Annexe 1 dan Annexe 2 bersebelah­an Menara TM akan dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia