Berita Harian

Tidak gentar saingi jenama antarabang­sa

Produk Base Camp Adventure semakin diminati penggemar sukan lasak

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Bersaing dengan jenama antarabang­sa dalam menjual barangan sukan lasak bukanlah mudah kepada usahawan tempatan, apatah lagi jenama luar mempunyai rangkaian kedai yang lengkap.

Selain itu, penjualan barangan sukan lasak dalam talian juga menjadi cabaran dan saingan. Tambahan pula kadangkala harga jualan dalam talian jauh lebih murah.

Bagi Sharif Ab Rahman, 33, walaupun berdepan cabaran dan saingan sebegitu, ia bukanlah halangan kepada dirinya untuk terus mengembang­kan perniagaan barangan sukan.

Base Camp Adventure, yang ditubuhkan­nya pada 2013 bersama rakan kongsi Shaheir Sabaruddin dengan perkongsia­n modal RM100,000 kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Perancanga­n awal Sharif menjadikan Base Camp sebagai jenama barangan sukan lasak tempatan kini sudah terbukti.

“Base Camp Adventure kini mempunyai tiga cawangan di Shah Alam, Melaka dan Terengganu. Cabaran sebenarnya adalah bagaimana kita usahawan tempatan nak bersaing dengan jenama luar yang sudah lama bertapak.

“Terutama dari segi harga, ini kerana mereka mempunyai kilang dan jenama sendiri, lantaran itu mudah bagi mereka untuk mengawal harga.

Ada pelanggan setia

“Berbanding dengan kita, ia jauh berbeza. Tapi saya percaya sasaran pelanggan itu pelbagai dan sehingga hari ini pelanggan Base Camp Adventure masih setia dan bersama dengan kami,” katanya.

Tidak hanya sekadar menumpukan kepada jualan barangan sukan lasak semata-mata, Sharif kita juga menjadi pengedar utama kepada dua barangan sukan lasak iaitu kayak dan tali teufelberg­er (tali untuk aktiviti lasak).

Katanya, dia menjadi pengedar utama kepada Cool Kayak, jenama dari China di Malaysia selain tali teufelberg­er.

“Kita tidak boleh tumpu kepada jualan runcit semata-mata, perlu melangkah setapak lagi. Lantaran itu saya berjaya mendapatka­n hak pengedaran kepada dua barangan itu.

“Kelebihann­ya adalah saya kini boleh meletakkan jenama sendiri kepada kayak, selain boleh mereka bentuk kayak mengikut kehendak pelanggan.

Rancang tambah jenama, hak pengedaran

“Saya sentiasa mencari benda baharu, sebab saya percaya akan ada orang yang akan bersaing dan membuat produk sama. Sebab itu kita kena laju.

“Perancanga­n saya tahun ini untuk menambahka­n lagi jenama dan hak pengedaran di Malaysia dan negara jiran,” katanya.

Menyingkap kembali pembabitan­nya dalam perniagaan, Sharif berkata, usaha ini berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu beliau masih belajar.

Bukan mudah bagi beliau mengecapi kejayaan, kesusahan lalu membuatkan­nya cekal meneruskan kehidupan dalam dunia perniagaan.

Sharif pernah dihalau dari rumah sewanya, dimarahi rakanrakan, selain terpaksa bersengkan­g mata demi memastikan perniagaan berasaskan barangan aktiviti lasak berjaya.

Katanya, ketika awal perniagaan­nya, selepas habis pengajian dia bekerja sebagai jurutera bagi mencari pengalaman dan wang sampingan bagi membesarka­n lagi perniagaan­nya itu.

Namun sekali lagi Sharif diuji dari segi fizikal dan mental. Ini kerana selepas habis kerja pada waktu siang, sebelah malamnya pula dia meneruskan perniagaan, waktu tidur terhad antara tiga hingga empat jam setiap hari.

“Kadang-kadang sebelum sampai rumah, sudah ada pelanggan hantar pesanan dan telefon cakap tunggu saya. Memang kelam kabut masa itu dengan kerja, perniagaan lagi, hingga tak cukup tangan nak uruskan.

“Tidur pun terganggu. Pergi kerja saya bawa beg besar isi barangan yang dipesan pelanggan, naik motosikal pergi pejabat pos, hantar barang sebelum ke tempat kerja.

“Balik kerja pula singgah kedai borong beli barang bawa balik. Penat itu tak boleh cakap tapi sebab niat hendak kembangkan perniagaan, saya anggap ini cabaran yang perlu ditempuhi,” katanya.

Base Camp Adventure kini mempunyai tiga cawangan di Shah Alam, Melaka dan Terengganu. Cabaran sebenarnya adalah bagaimana kita usahawan tempatan nak bersaing dengan jenama luar yang sudah lama bertapak” Sharif Ab Rahman, Pemilik Base Camp Adventure

 ??  ??
 ??  ?? Sharif menunjukka­n kasut sukan yang dijual di Base Camp Adventure.
Sharif menunjukka­n kasut sukan yang dijual di Base Camp Adventure.
 ??  ?? Antara produk di Base Camp Adventure.
Antara produk di Base Camp Adventure.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia