Berita Harian

Jadikan amalan murni kekal hingga dewasa

-

Guru

bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Puan Hashifah Amani Sulaiman, berkata dalam 11 anjakan Strategi Pelan Pembanguna­n Pendidikan 2013-2025, jelas nilai murni berada dalam kedudukan yang ketiga dalam anjakan berkenaan.

Beliau berkata, dapat disimpulka­n bahawa nilai murni amat dititikber­atkan dari peringkat awal bagi memastikan kanak-kanak dapat menghayati nilai baik di persekitar­an mereka secara berterusan bermula dari awal persekolah­an sehinggala­h mereka tamat persekolah­an kelak.

“Dalam konteks sekolah rendah, nilai murni didedahkan kepada murid supaya menjadi amalan seharian. Antara nilai murni yang selalu ditegaskan dalam pengajaran dan pembelajar­an harian adalah nilai murni berkaitan budaya hidup sihat, sikap, budi bahasa dan kebersihan.

“Nilai berkenaan penting bagi memastikan wujud toleransi sesama mereka terutama apabila murid berada dalam kumpulan masing-masing,” katanya.

Generasi berwibawa

Puan Hashifah berkata, mengambil contoh kepada amalan murni berkaitan sikap seperti hormat-menghormat­i, menghargai, bekerjasam­a dan sopan santun adalah amalan murni yang berada dalam kelompok sikap.

Katanya, menjadi matlamat Kementeria­n Pendidikan untuk memastikan kemenjadia­n murid dari segi pemantapan sahsiah diri yang tinggi kerana murid yang cemerlang dan holistik melambangk­an ciri-ciri unggul generasi berwibawa akan datang.

“Umum mengetahui bahawa budi bahasa melambangk­an budaya bangsa. Saya percaya setiap bangsa yang ada di negara ini memandang tinggi individu berperibad­i mulia.

“Peribadi mulia dan unggul ini tidak datang dengan mudah kerana kita perlu ada usaha untuk menjadikan­nya sebagai satu budaya, justeru amalan murni perlu diberi pendedahan secara sistematik,” katanya.

Masalah sikap

Bagaimanap­un, beliau berkata, setiap usaha yang baik pasti ada cabarannya kerana walaupun pada peringkat sekolah rendah, tidak dinafikan wujud segelintir murid yang mempunyai masalah sikap.

Katanya, perkara ini dalam kategori kes terpencil, namun sekiranya tidak ditangani dengan baik dikhuatiri boleh membawa muda- rat kepada murid berkenaan dan juga kelompok masyarakat yang diwakiliny­a kelak.

“Kebiasaann­ya, isu salah laku yang berlaku di sekolah rendah berkaitan dengan kenakalan, vandalisme, peras ugut, tidak menghormat­i guru, rakan, ibu bapa, kes buli dan juga ponteng.

“Sekiranya berlaku kejadian salah laku dalam kalangan murid, maka tindakan susulan perlu diambil dengan segera, seperti merujuk kepada panel disiplin, selain murid terbabit disaran menjalani sesi kaunseling individu atau kelompok,” katanya.

Puan Hashifah berkata, selain itu program peningkata­n sahsiah anjuran pihak sekolah, program dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau badan bukan kerajaan (NGO) juga harus dijalankan bagi membantu mereka menjalani proses pemulihan dan perkembang­an.

Pemantauan berterusan

Beliau berkata, selain peranan guru di sekolah, menjadi tanggungja­wab ibu bapa juga untuk memantau sikap dan tingkah laku anak masing-masing di rumah.

“Amalan nilai murni bermula dari rumah, pemantapan amalan berkenaan dibantu oleh guru di sekolah, justeru setiap ahli masyarakat ada peranan bagi memastikan anak-anak mencapai potensi individu secara menyeluruh.

“Sekiranya pihak yang bertanggun­gjawab gagal melaksanak­an amanah masing-masing, maka perkara ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Temasya sukan sekolah menjadi antara program terbaik untuk memupuk kasih sayang, kegembiraa­n dan saling menghormat­i antara guru, ibu bapa dan murid.
[ FOTO HIASAN ] Temasya sukan sekolah menjadi antara program terbaik untuk memupuk kasih sayang, kegembiraa­n dan saling menghormat­i antara guru, ibu bapa dan murid.
 ??  ?? Puan Hashifah Amani Sulaiman
Puan Hashifah Amani Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia