Berita Harian

Program Guru Penyayang medium wujud rasa hormat murid, guru

-

Bagan Datuk:

Sekolah menjadi institusi penting dalam menonjolka­n suasana dan budaya positif terhadap pembentuka­n diri seseorang murid.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Hal Ehwal Murid) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk, Encik Mohd Fahmi Tajuid, berkata pelbagai program yang dijalankan di sekolah mampu mewujudkan suasana dan penerapan nilai murni antara guru dengan murid itu sendiri.

Katanya, dalam merealisas­ikan keazaman melahirkan masyarakat yang mengamalka­n nilai murni, beberapa program untuk dia- malkan di sekolah sudah dirangka.

“Perancanga­n itu termasuk Program Guru Penyayang memupuk perasaan menghargai dan menghormat­i bukan sahaja kepada guru tetapi juga sesama rakan sekolah dalam kalangan murid.

“Amalan senyum, salam, sapaan, sayang, syukur dan selamat sebagai satu langkah proaktif yang dimainkan pihak sekolah untuk membendung masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah,” katanya.

Encik Mohd Fahmi berkata, kasih sayang adalah penawar yang mujarab dalam membentuk sahsiah murid.

Manfaatkan program sekolah

“Batu yang keras kalau setiap hari dititiskan air, lama-lama akan berubah sifatnya menjadi lembut, apatah lagi hati manusia seperti anak-anak yang masih pada peringkat awal usia ini,” katanya.

Encik Mohd Fahmi berkata, selain itu, program sukan tahunan sekolah juga adalah pentas terbaik untuk memupuk kasih sayang, kegembiraa­n dan saling menghormat­i antara guru, ibu bapa dan murid.

Bagaimanap­un, beliau berkata, bagaimanak­ah pemupukan nilai berkenaan dapat dilakukan jika sebahagian besar ibu bapa tidak hadir pada hari temasya berkenaan.

“Pihak PPD sentiasa memberi bimbingan dan galakan kepada warga sekolah supaya sentiasa prihatin dan menggalakk­an aktiviti yang memberi impak positif kepada perkembang­an minda serta nilai murni murid sekolah.

“Misalnya, di PPD Bagan Datuk dengan slogan ‘1 Team 1 Target’, kami meletakkan hasrat untuk semua warga pendidikan daerah ini khususnya dan komuniti daerah amnya supaya menjadikan nilai murni sebagai satu aspirasi yang disemai sejak awal kelahiran hinggalah menjadi insan berguna pada masa hadapan,” katanya.

slogan ‘1 Team 1 Target’ meletakkan hasrat untuk semua warga pendidikan daerah ini menjadikan nilai murni sebagai satu aspirasi yang disemai sejak awal kelahiran hingga menjadi insan berguna pada masa hadapan” Encik Mohd Fahmi Tajuid, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Hal Ehwal Murid) PPD Bagan Datuk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia