Pecutan Norzahirah

Murid SK Taman Desaminium mahu masuk sekolah sukan, jadi atlet negara

Berita Harian - - DIDIK - Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Kepantasan yang ditunjukka­n oleh personalit­i BH Didik minggu ini dalam acara lari berpagar melayakkan­nya dinobatkan sebagai olahragawa­ti keseluruha­n kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Petaling Perdana, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Norzahirah Noorman, 12, mengakui kejayaanny­a itu tidak mampu diraih tanpa sokongan sepenuhnya daripada pihak sekolah, jurulatih dan ahli keluargany­a sendiri.

Ikuti temu bual BH Didik bersama-sama murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desaminium, Seri Kembangan itu.

S: Bagaimanak­ah anda boleh menceburi sukan olahraga bagi acara lari berpagar?

Saya mula aktif dalam sukan olahraga ini sejak berusia 10 tahun apabila bakat larian saya berjaya digilap oleh Jurulatih Olahraga SK Taman Desaminium, Encik Mohd Jeremi Effindi. Ketika itu, saya mula dengan acara lari pecut 100 meter selama beberapa bulan sebelum diserapkan kepada acara lari berpagar sehingga kini. Pembabitan secara aktif dalam sukan ini timbul memandangk­an saya begitu minat dengan sukan olahraga.

S: Siapakah yang banyak memberi sokongan kepada anda?

Selain jurulatih olahraga, guru dan pihak sekolah, sudah tentu ibu bapa serta ahli keluarga saya antara yang banyak memberikan sokongan sama ada dari segi moral dan kewangan. Mereka banyak memberi nasihat untuk saya berjaya dalam sukan ini. Tanpa sokongan berbelah bahagi daripada mereka, mungkin saya tidak dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.

S: Siapakah pula idola anda dalam acara lari berpagar?

Saya mengagumi Amanda Huri iaitu pemenang pingat emas dalam acara itu pada

Norzahirah Noorman SK Taman Desaminium, Seri Kembangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.