Berita Harian

Dedah kemahiran sepak takraw

SMK Lui Barat jadi medan kumpul pemain berbakat sekolah rendah, menengah

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Klinik Sepak Takraw Jempol yang diadakan buat pertama kali di daerah ini berjaya menarik penyertaan seramai 86 peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Program anjuran Persatuan Sepak Takraw Daerah Jempol (PRESTIJ), Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) itu diadakan di dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat.

Pengerusi PRESTIJ, Encik Abdul Halim Abu Bakar, berkata program yang bertujuan meningkatk­an kemahiran dalam sukan berkenaan memberi tumpuan kepada murid yang menyertai kejohanan bawah 12,15 dan 18 tahun.

Katanya, pelbagai teknik dan pendedahan diberi kepada peserta sepanjang program seharian yang turut menampilka­n beberapa pemain kebangsaan seperti Encik Syazreen Qamar Salehan, Encik Khairul Zaman Akhbar dan Encik Hafizul Hayazi Adnan.

Dedah kemahiran asas

“Antara pendedahan yang diberi kepada peserta termasukla­h cara kawalan bola, servis dan rejaman, peranan pemain dalam perlawanan, kemahiran asas dan latih tubi posisi.

“Sambutan diterima cukup menggalakk­an, malah penyertaan asal yang hanya 60 peserta terus bertambah pada saat akhir apabila mendapat perhatian murid dan pelajar yang meminati sukan berkenaan,” katanya.

Yang turut hadir pada klinik berkenaan ialah Pengerusi PESTANS, Encik Wan Muhd Husni Abdullah dan Pengetua SMK Lui Barat, Encik Mahat Ujang.

Encik Abdul Halim berkata, peserta merupakan pe- main yang mewakili daerah Jempol pada kejohanan sukan sekolah peringkat negeri pada bulan ini, selain pemain pelapis Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jempol serta inisiatif sekolah dan ibu bapa yang berminat dalam sukan itu.

Katanya, peserta hanya membayar yuran penyertaan RM10 yang turut merangkumi makan minum dan sehelai baju, malah pihaknya tidak keberatan mengeluark­an belanja bagi program pada peringkat akar umbi itu.

Peserta teruja

Bagi peserta, Muhamad Airiel Hakeem Mohd Afiza, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, dia teruja apabila berpeluang menyertai klinik sepak takraw itu.

Katanya, disebabkan minat, dia tidak mahu melepaskan peluang menyertai program berkenaan, apatah lagi dapat berjumpa dengan pemain sepak takraw kebangsaan dan negeri yang turut hadir.

“Menerusi tunjuk ajar daripada mereka, banyak ilmu berkaitan sepak takraw diperoleh sekali gus memberi manfaat kepada peserta.

“Diharap program seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? Encik Hafizul memberi latihan kepada peserta Klinik Sepak Takraw Jempol.
Encik Hafizul memberi latihan kepada peserta Klinik Sepak Takraw Jempol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia