Berita Harian

Warisan Harmoni penyeri majlis sekolah

-

seperti Majlis Graduasi Tahun Enam, Majlis Anugerah Cemerlang, Majlis Hari Guru, Majlis Pelancaran Program Nilam dan banyak lagi.

Katanya, komitmen dan disiplin murid yang menganggot­ai Warisan Harmoni sangat tinggi, malah mereka sentiasa menunjukka­n minat serta kesungguha­n ketika mengadakan persembaha­n.

Bentuk sahsiah diri

Puan Fara Azira berkata, di samping mahu menjadi penyeri kepada sekolah, penubuhan kumpulan itu memberi penekanan ke arah membentuk kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi aspek emosi, perasaan, kreativiti, nilai sosialisas­i dan etika.

Katanya, selain membentuk sahsiah diri, pembabitan secara aktif dalam pasukan itu dapat mencungkil bakat murid dalam bidang kesenian, sekali gus membina keyakinan diri masing-masing.

“Diharap semangat yang dipamerkan semua murid dalam Warisan Harmoni dapat dikekalkan dan kumpulan ini akan terus aktif.

“Mereka diperlukan untuk menyerikan pelbagai program termasuk pada peringkat lebih tinggi, justeru perlu terus mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak, termasuk sekolah, ibu bapa dan guru lain,” katanya.

 ??  ?? Aksi Warisan Harmoni pada pelancaran sebuah majlis di sekolah itu.
Aksi Warisan Harmoni pada pelancaran sebuah majlis di sekolah itu.
 ??  ?? Ahli Koir SK Taman Cuepacs.
Ahli Koir SK Taman Cuepacs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia