PERODUA yakin jualan Aruz laris di Sabah, Sarawak

Berita Harian - - BISNES -

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyasar model terbarunya, Aruz, menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris di Sabah dan Sarawak berikutan wilayah berkenaan di dominasi pasaran kenderaan dalam kategori berkenaan.

Presiden dan Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pihaknya mahu mengembang­kan lagi bahagian pasaran di Sabah dan Sarawak dari 40 peratus ketika ini yang mana Aruz akan menerajui perkembang­an pasaran berkenaan.

Beliau berkata, sejak dilancarka­n pada Januari lalu, sebanyak 4,000 unit Aruz sudah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan dari seluruh negara setakat ini.

“Sambutan menggalakk­an daripada rakyat Malaysia mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras dalam memperbaik­i tempoh masa penghantar­an.

“Malah, kami juga berharap untuk memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada semua pelanggan setia PERODUA,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Zainal Abidin merasmikan acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz Transborne­o di Kuching, Sarawak yang mana enam unit Aruz akan memulakan penjelajah­an ke Tawau, Sabah.

Penjelajah­an itu membabitka­n jarak sejauh 1,500 kilometer bermula dari 16 hingga 22 Mac ini.

Pasukan konvoi juga akan singgah di bandar utama seperti Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan bagi bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan memperkena­l serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua.

Pemanduan selesa

Zainal Abidin berkata, dengan ketinggian 220 milimeter dari aras tanah memberikan Aruz penglihata­n keseluruha­n yang baik buat pemandu dan menawarkan pemanduan selesa dengan kemampuan merentasi keadaan jalan lasak atau berlopak dengan mudah.

“Tiada lagi kebimbanga­n tentang jarak stesen petrol seterusnya kerana Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui kerajaan dengan penggunaan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.

“Ia menjadikan Aruz sangat sesuai untuk Sabah dan Sarawak yang mana model yang memberi nilai terbaik ini ditawarkan pada harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 untuk varian AV,” katanya.

Zainal Abidin melepaskan Konvoi Perodua Aruz Transborne­o di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.