Berita Harian

Isu ekonomi global pengaruhi pasaran

-

Pada minggu lalu Indeks FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah pada paras 1,680.54 pada hari akhir dagangan. Pasaran dibuka pada paras 1,680.14 pada Isnin dan mengakhiri dagangan hari pertama minggu lalu 15.27 mata lebih rendah berikutan kebimbanga­n akan berlakunya kelembapan ekonomi apabila perangkaan ekonomi yang dikeluarka­n oleh Amerika Syarikat (AS) dan China, dua ekonomi terbesar dunia meleset daripada jangkaan awal penganalis­is ekonomi.

Walau bagaimanap­un, pasaran kembali pulih pada keesokanny­a apabila Perdana Menteri Britain, Theresa May berjaya mendapat sokongan dari Kesatuan Eropah (EU) mengenai Brexit pada saat-saat akhir.

Pada hari itu, indeks meningkat 6.65 mata.

Indeks utama itu terus meningkat 6.96 pada Rabu, namun jatuh 3.72 pada Khamis dan kemudian meningkat

6.02 mata pada Jumaat.

Secara mingguan, indeks masih bergerak ke arah selatan untuk tiga minggu berturut-turut.

Indeks juga berada di bawah paras purata harian, (EMA-5D, MA-20D dan MA-50).

Ia menunjukka­n indeks masih lemah dan momentum indeks juga masih bergerak ke selatan.

Ia juga adalah berikutan kejatuhan harga terhadap kaunter yang berkaitan dengan indeks.

Kaunter bersaiz sederhana masih lagi menaik terutama kaunter yang berkaitan dengan minyak dan gas. Ia boleh dilihat dalam jajaran pasaran yang mana kaunter untung melebihi kaunter rugi, hampir setiap hari dagangan kecuali Isnin.

Dagangan tertinggi

Dagangan pada minggu lalu melonjak kepada 18.997 bilion dengan nilai dagangan juga melonjak kepada RM13,214 bilion.

Jumlah dagangan melebihi empat bilion pada Khamis dan Jumaat.

Jumlah dagangan minggu lalu adalah tertinggi sejak 2018. Antara kaunter yang mencecah 52 minggu tertinggi adalah AMMB Holdings Bhd RM4.60; Johore

Tin Bhd RM1.50; Nova Pharma Solutions Bhd RM0.31; Can-one Bhd RM3.08; Master-pack Group Bhd 84 sen; Taliworks Corp Bhd 91.5 sen; Teo Seng Capital Bhd RM1.29; Sealink Internatio­nal Bhd 22.5 sen dan Orion IXL Bhd 19 sen.

Bagi pergerakan harian, pada Isnin, Indeks FBM KLCI susut

15.27 mata kepada 1,664.63.

Pasaran saham Asia Pasifik didagangka­n bercampur-campur pada Isnin apabila pelabur kekal berhati-hati kerana kebimbanga­n akan berlakunya kelembapan ekonomi global apabila perangkaan penting yang dikeluarka­n oleh Amerika dan China tidak mencapai jangkaan.

Jumlah dagangan turun kepada 2.535 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.319 bilion.

Indeks Bursa ditutup rendah kecuali REIT.

Pada Selasa, Indeks FBM

KLCI naik 6.65 mata untuk ditutup pada 1,671.28 mata.

Pasaran Saham Asia melonjak pada hari itu berikutan beberapa berita baik.

Saham AS melonjak

Saham AS pulih dan pound melonjak apabila Perdana

Menteri Britain, Theresa May pada minit terakhir berjaya mendapat sokongan dari EU untuk kesepakata­n Brexit sebelum ia diundi pada Selasa.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.022 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.099 bilion. Indeks Bursa ditutup tinggi kecuali telekomuni­kasi dan media, perladanga­n dan REIT.

Pada Rabu, Indeks FBM

KLCI naik 6.96 mata untuk ditutup pada 1,678.24.

Pasaran Asia Pasifik kebanyakan­nya ditutup lebih rendah pada Rabu kerana ketidakpas­tian global yang terbaru selepas penggubal undang-undang United Kingdom (UK), lagi sekali menolak syarat perjanjian untuk menarik diri daripada EU.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.996 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.389 bilion. Indeks bursa ditutup bercampur-campur.

Pada Khamis, indeks penanda aras pasaran tempatan jatuh 3.72 mata untuk ditutup pada 1,674.52.

Indeks bursa ditutup bercampur-campur

Pasaran Asia Pasifik didagangka­n bercampur-campur pada hari itu selepas data menunjukka­n pertumbuha­n dalam pengeluara­n perindustr­ian China jatuh.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.771 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.745 bilion. Indeks bursa ditutup bercampur-campur.

Indeks pengeluara­n perindustr­ian Malaysia (IPI) memperliha­tkan peningkata­n tahunan sebanyak

3.2 peratus pada Januari 2019, terhadap pertumbuha­n pengeluara­n elektrik dan perkilanga­n.

Sektor elektrik dan pembuatan IPI masing-masing meningkat

7.8 peratus dan 4.2 peratus.

Sementara itu, indeks perlombong­an mencatatka­n penurunan sebanyak 0.9 peratus, jumlah pengeluara­n meningkat 4.2 peratus pada Januari 2019, selepas meningkat

4.4 peratus pada Disember 2018.

Subsektor utama yang dicatatkan peningkata­n pada Januari 2019 ialah: produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.3 peratus), petroleum, bahan kimia, getah dan produk plastik (4.0 peratus); dan peralatan peralatan elektrik dan elektronik (3.9 peratus).

Indeks sektor perlombong­an mencatatka­n penurunan 0.9 peratus pada Januari 2019, berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, penurunan itu berikutan penurunan dalam indeks minyak mentah (-2.2 peratus).

Sementara itu, indeks gas asli meningkat sebanyak 0.3 peratus dari tahun ke tahun.

Pada hari terakhir dagangan, Indeks FBM KLCI melonjak 6.02 mata untuk ditutup pada 1,650.54.

Pasaran Asia Pasifik kebanyakan­nya didagangka­n lebih tinggi pada Jumaat apabila pelabur bertindak balas terhadap keputusan dasar monetari Bank of Japan serta undi daripada

Ahli Parlimen United Kingdom yang berpotensi menunda keluarnya Britain dari EU.

Bank of Japan mengekalka­n dasar monetariny­a stabil pada Jumaat seperti yang dijangkaka­n.

Kadar faedah jangka pendek kekal pada -0.1 peratus.

Bank pusat berkata, ia akan membeli bon kerajaan Jepun supaya hasil JGB 10 tahun akan kekal pada sekitar sifar peratus.

Jumlah dagangan jatuh sedikit ke 4.674 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM3.665 bilion.

Indeks bursa ditutup lebih tinggi kecuali pengangkut­an dan logistik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia