Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (KLTM) dijangka naik semula pada minggu ini berikutan permintaan bagi logam itu dijangka meningkat dengan harga urus niaga dijangka antara AS$21,100 dan AS$21,400 satu tan.

Peniaga berkata PTKL juga akan dipengaruh­i oleh pergerakan harga timah di Bursa Logam London (LME), penanda aras pasaran logam itu.

Bagi minggu yang baru berakhir, permintaan di PTKL datang daripada China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom, Pakistan, Bangladesh dan pembeli tempatan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga di PTKL AS$380 lebih rendah pada AS$21,140 satu tan kepada AS$21,520 satu tan, manakala jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 219 tan daripada 186 tan.

Sementara itu, perbezaan harga antara PTKL dan LME pada diskaun AS$90 satu tan berbanding premium AS$40 dicatatkan Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia