RINGGIT

Berita Harian - - BISNES -

Ringgit dijangka kekal lemah, dalam dagangan berhati-hati, minggu ini, berlegar sekitar RM4.1197 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur akan menunggu Indeks Harga Pengguna (CPI) Februari dikeluarka­n pada 22 Mac yang kemungkina­n besar akan memberi tekanan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“CPI Februari mungkin akan turun dianggarka­n 0.7 peratus, menjadikan­nya bulan kedua berturut-turut mencatatka­n deflasi,” katanya kepada Bernama.

Inflasi Malaysia, diukur oleh CPI turun kepada 0.7 peratus pada Januari 2019, kali pertama pada November 2009 apabila CPI jatuh 0.1 peratus.

Selain itu, katanya pelabur juga sedang menunggu hasil mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n, dijadualka­n minggu ini dari 19 hingga 20 Mac bagi hala tuju baharu kadar faedah AS.

Sementara itu, Lukman Otunuga, penganalis­is penyelidik­an di FXTM, menjangkak­an ringgit akan menyaksika­n rintangan pada paras RM4.100 dan sokongan pada paras RM4.0615.

“Walaupun ringgit susut satu peratus, tahun ke tarikh ini, meningkat berbanding dolar AS, kemungkina­n dolar AS akan menjadi semakin lemah adalah agak mustahil pada masa depan, dengan asas ekonomi AS dilihat berdaya tahan dalam keadaan pertumbuha­n global yang kurang memberangs­angkan,” katanya.

Bagaimanap­un, risiko bagi prestasi ringgit terus menyusut kekal dapat dibendung oleh keyakinan pasaran global dengan penangguha­n risiko global seperti perdaganga­n As-china, Brexit dan pertumbuha­n global lebih perlahan.

Sepanjang minggu lalu, urus niaga ringgit kekal pada paras antara 4.078 dan 4.095 berbanding dolar AS dengan belian disokong oleh pengeluara­n perindustr­ian yang lebih baik daripada jangkaan pada Januari dan niaga hadapan Brent yang melepasi paras AS$68 setong.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS berikutan sentimen lemah berterusan didorong oleh petunjuk luaran kurang memberangs­angkan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit kekal pada paras 4.0890/ 0940 daripada 4.0890/0930 berbanding dolar AS. Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0197/0245 daripada 3.0064/0104 Jumaat lalu, turun berbanding euro kepada 4.6287/6360 daripada 4.5842/6895 dan susut berbanding pound kepada 5.4220/4307 daripada 5.3509/3577.

Ringgit, bagaimanap­un meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6623/6671 daripada 3.6798/684.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.