Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meneruskan penyusutan minggu ini berikutan kekurangan permintaan dan paras stok yang tinggi, menurut peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata komoditi itu dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil antara RM2,000 satu tan dan RM2,020 satu tan.

Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang dikeluarka­n pada Isnin, jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Februari naik 1.34 peratus kepada 3.05 juta tan daripada 3.01 juta tan pada Januari.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semasa Mac 2019 susut RM91 kepada RM1,880 satu tan, April 2019 jatuh RM70 kepada RM2,024, Mei 2019 berkuranga­n RM59 kepada RM2,066 dan Jun 2019 merosot RM46 kepada RM2,111.

Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 264,073 lot daripada 214,003, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 301,678 kontrak daripada 265,619 kontrak. Di pasaran fizikal, Mac Selatan susut RM80 kepada RM1,900 satu tan. Dolar Amerika Dolar Australia Dolar Brunei

Dolar Kanada

Euro

Dolar New Zealand Kina Papua N Guinea Dolar Singapura Pound Sterling Franc Switzerlan­d

Dirham UAE

Taka Bangladesh Krone Denmark Renminbi China Dolar Hongkong Rupee India Rupiah Indonesia Yen Jepun

Dolar Taiwan Krone Norway Riyal Qatar

Rupee Pakistan Peso Filipina Saudi Riyal

Rand Afrika Selatan Sri Lanka Rupee Swedish Kron Thai Baht

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia