EMAS

Berita Harian - - BISNES -

Emas meningkat pada Jumaat lalu, pulih daripada kejatuhan pada sesi sebelumnya, berikutan dolar menyusut dan menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kelembapan pertumbuha­n ekonomi global yang menyokong permintaan untuk logam selamat.

Harga emas meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada AS$1,303.30 satu aun pada 0833 GMT, selepas mencecah kira-kira 1.0 peratus hari sebelumnya.

Ia berada di landasan untuk meraih keuntungan mingguan kecil bagi minggu kedua berturuttu­rut.

Niaga hadapan emas AS naik 0.6 peratus kepada AS$1,302.90 satu aun.

Dolar jatuh 0.2 peratus berbanding mata wang utama lain dan berada pada landasan untuk mencatat kerugian mingguan terbesar sejak awal Disember.

“Dolar melemah dan emas sebagai aset selamat mendapat sokongan daripada ketidakpas­tian Brexit. Selagi emas boleh memegang paras AS$1,290, ia boleh mencapai paras pertama AS$1,302 dan kemudian AS$1,310,,” kata Pengarah Kedia Commoditie­s di Mumbai, Ajay Kedia.

Antara logam berharga lain, palladium naik 0.3 peratus kepada AS$1,562.58 satu aun, dan berada di landasan sekitar 3.0 peratus keuntungan mingguan.

Perak naik 1.2 peratus kepada AS$15.36 satu aun dan platinum melonjak 1.7 peratus kepada AS$832.17.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.