Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan momentum meningkat pada minggu ini, berikutan jangkaan bekalan berkuranga­n pada beberapa bulan akan datang disebabkan musim luruhan daun getah, kata seorang peniaga.

Pasaran tempatan juga akan memberi tindak balas terhadap prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pergerakan harga minyak, serta kadar tukaran mata wang antara dolar AS dan ringgit.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran kebanyakan­nya diniagakan tinggi, dipacu aliran meningkat harga minyak dan jangkaan pengeluara­n lebih rendah pada masa akan datang.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari bagi tayar gred SMR 20 naik 4.5 sen kepada RM5.92 sekilogram, manakala lateks pukal melonjak 25.5 sen kepada RM4.86 sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi SMR 20 naik 8.5 sen kepada RM5.86 sekilogram manakala lateks pukal 25 sen lebih tinggi pada RM4.86 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia