Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah naik pada Jumaat lalu dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) naik ke paras tertinggi tahun ini disokong oleh pemotongan pengeluara­n diketuai OPEC dan sekatan AS terhadap Venezuela dan Iran berkemungk­inan menyebabka­n defisit dalam bekalan global pada suku pertama.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS naik 15 sen kepada AS$58.76 satu tong pada 0745 GMT, tertinggi pada 2019.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$67.43 satu tong, naik 20 sen atau 0.3 peratus, daripada penyelesai­an terakhir.

“Minyak terus mengukuh sebagai tindak balas terhadap pemotongan pengeluara­n yang berterusan daripada pengeluar Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) serta keluaran Venezuela,” kata ketua strategi komoditi di Saxo Bank Denmark, Ole Hansen.

OPEC dan sekutunya termasuk Russia menyekat kira-kira 1.2 juta tong sehari dalam bekalan mentah sejak awal tahun untuk mengetatka­n pasaran dan menyokong harga.

Menteri-menteri OPEC akan bertemu di ibu pejabat kumpulan di Vienna, Austria pada 17-18 April untuk memuktamad­kan dasar output.

“Jika OPEC memutuskan untuk melanjutka­n pemotongan, kami menjangkak­an inventori akan terus mencecah sekurang-kurangnya tiga suku,” kata bank pelaburan AS, Jefferies.

Dengan OPEC memegang bekalan dan sekatan AS menghalang minyak Iran dan Venezuela daripada memasuki pasaran, data aliran minyak mentah global di Refinitiv menunjukka­n sedikit defisit bekalan mungkin berlaku pada suku pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia