Berita Harian

Gambaran positif rundingan AS, China lonjak bursa Asia

-

Asia menokok pada Jumaat lalu apabila Donald Trump memberi gambaran positif terhadap rundingan bersama China, manakala pound kekal kukuh selepas Ahli Parlimen Britain mengundi untuk menangguhk­an Brexit.

Walaupun masih terdapat sedikit kebimbanga­n mengenai prospek global, keyakinan pelabur disokong oleh kesungguha­n berterusan bahawa dua ekonomi terbesar dunia itu akan menamatkan perang perdaganga­n mereka.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memberi bayangan kepada media “kami melakukan yang terbaik mengenai perbincang­an dengan China” sambil menambah “kami mendapat apa yang kami perlu dapatkan”.

Beliau berkata, hasil rundingan itu akan diketahui tiga hingga empat minggu akan datang.

Komen beliau muncul ketika media negara China melaporan adanya rundingan menerusi panggilan telefon antara Naib Presiden China, Liu He, Wakil Perdaganga­n AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaha­raan Steven Mnuchin.

Mnuchin berkata, beliau menjangkak­an perjanjian itu akan dimuktamad­kan tidak lama lagi, namun memberi amaran bahawa prosesnya adalah kompleks.

Trump berkata, beliau dijangka mengadakan mesyuarat di Flori- da dengan rakan sejawatnya, Xi Jinping akhir bulan ini.

Pada Jumaat, China meluluskan undang-undang pelaburan asing yang akan memansuhka­n perpindaha­n teknologi dari firma asing kepada rakan kongsi tempatan, sebagai menangani kemarahan utama Rumah Putih.

Secara keseluruha­n, perkembang­an ini melonjak pasaran ekuiti serantau. Tokyo berakhir 0.8 peratus lebih tinggi, manakala Shanghai memperoleh satu peratus dan Hong Kong melonjak 0.6 peratus.

Singapura mengukuh 0.1 peratus dan Seoul naik satu peratus serta Taipei naik 0.9 peratus dengan Wellington, Mumbai dan Jakarta juga naik. Bagaimanap­un, Sydney berakhir rendah sedikit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia