Berita Harian

Kampung air terbakar kali ketiga

34 rumah hangus, 100 keluarga hilang tempat tinggal

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

“Saya baru selesai solat subuh sebelum terhidu asap dan dengar orang menjerit. Bila keluar, api sudah menjulang tinggi,” kata Mustafa Talib, mangsa kebakaran di Kampung Air, Batu Sapi, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian bermula jam 5.20 pagi itu, sekurang-kurangnya 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 34 rumah atas air terbakar, membabitka­n keluasan 0.8 hektar.

Mustafa, 48, berkata api bermula dari rumah jiran, kira-kira lima meter dari rumahnya dan menyambar bumbung dalam tempoh beberapa minit menyebabka­n mereka sekeluarga hanya sempat mengambil dokumen penting sebelum menyelamat­kan diri.

“Ini kali ketiga rumah kami terbakar. Kali pertama pada 1997 dan kedua pada 2002.

“Tiada apa mampu diselamatk­an. Cuma bawa diri dan dokumen sebab api sudah menyambar bumbung, rumah penuh asap dan elektrik sudah mati,” katanya ketika ditemui di Dewan Serba Guna Kampung Air, di Batu Sapi.

Mustafa berkata, selain bantuan kerajaan, mereka berharap mangsa kebakaran turut disediakan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dibenarkan membina semula rumah di tapak sama kerana ia sudah diiktiraf sebagai tanah kampung.

Sementara itu, Hadidah Abdul Rasad, 59, berkata dia cuma mampu melihat rumahnya sekali lagi musnah selepas kali pertama terbakar pada 2002 yang memusnahka­n sekurang-kurangnya 200 rumah atas air di kampung itu.

Bawa cucu ke darat

Sebaik saja menyedari berlaku kebakaran, katanya, dia membawa dua cucu berusia dua dan tiga tahun ke kawasan darat, manakala semua barang musnah tidak sempat diselamatk­an.

“Kebakaran bermula di jambatan empat. Kami tinggal di jambatan tiga. Api cepat merebak kerana rumah kayu dan angin kuat. Dalam 30 minit, api menyambar rumah kami,” katanya.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.28 pagi sebelum menghantar 25 anggota bersama tiga jentera, dua kenderaan utiliti dan sebuah kenderaan Unit Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan (EMRS).

Ketika operasi, katanya, ada anggota bomba terkena renjatan elektrik yang lemah susulan wayar elektrik terbakar dan terjuntai ke laut, selain ada anggota terpaksa mengharung­i pantai selepas jambatan menghubung­kan rumah runtuh.

Melecur lima peratus

“Seorang lelaki berusia 54 tahun melecur lima peratus di badan ketika cuba menyelamat­kan barang dan dia dihantar ke Hospital Duchess of Kent menggunaka­n jentera EMRS.

“Api dapat dikawal pada jam 6.30 pagi daripada merebak ke sebuah surau dan ratusan rumah berhampira­n. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? B omba dapat mengawal kebakaran di Kampung Air, Batu Sapi, jam 6.30 pagi semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] B omba dapat mengawal kebakaran di Kampung Air, Batu Sapi, jam 6.30 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia