Berita Harian

MMU lahir tenaga kerja untuk negara

Hampir 65 peratus program dikategori fast-growing industry

- Oleh Haryani Ngah

Kesukaran memilih universiti bersesuaia­n adalah antara cabaran dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini kerana dalam memilih universiti, rata-rata ibu bapa akan melihat sejauh mana graduan daripada institusi berkenaan diterima dalam pasaran pekerjaan.

Bagaimanap­un, pada masa kini bagi memenuhi permintaan abad ke-21 dan Revolusi Industri Keempat (IR4.0), syarikat mahukan pekerja berkemahir­an untuk mengisi jawatan di syarikat mereka.

Presiden Universiti Multimedia (MMU), Prof Datuk Ts Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berpandang­an positif berhubung cabaran itu kerana beranggapa­n ia membuka lembaran baharu.

Selain itu ia turut memberi peluang lebih baik sekiranya pelajar diberi ilmu pengetahua­n yang dikehendak­i, termasuk mengetahui faktor penyebab dan cara penyelesai­an situasi dalam pasaran kerja.

“Dunia sentiasa berkembang pesat dan perubahan tidak dapat dielakkan. Kita melihat perkara yang sudah, tidak gunakan lagi dan ini peluang terbaik menerokai sesuatu yang baharu,” katanya.

Pada masa sekarang ini, bukan majikan tidak mahu mengambil pekerja, sebaliknya mereka lebih memilih.

Suatu ketika dulu, pelajar yang mempunyai keputusan CGPA yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kurikulum di luar kelas akan menjadi pilihan syarikat.

Pelajar berkemahir­an

Bagaimanap­un ketika ini, selain kriteria itu majikan kini turut memilih pelajar yang datangnya daripada universiti mempunyai jejak rekod cemerlang dalam menyediaka­n pelajar berkemahir­an dan pemikiran kreatif.

Sebagai salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, setiap tahun lebih 90 peratus daripada graduan MMU mendapat pekerjaan, dalam tempoh singkat, iaitu hanya empat ke enam bulan sahaja selepas menamatkan pengajian.

Malah di sesetengah syarikat multinasio­nal dalam pelbagai industri, kebanyakan bahagian perjawatan pentingnya diisi dengan graduan MMU.

Ini sejajar dengan Kajian Bakat Digital Malaysia dijalankan Sulivan and Frost untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada 2017, yang mendapati graduan MMU menjadi pilihan industri teknologi maklumat (IT) di Malaysia.

“Lebih dua dekad MMU memberi tumpuan menyediaka­n pelajar untuk keperluan fast-growing industry. Ini sebabnya mengapa pelajar MMU diterima di mana-mana,” katanya.

Dalam keadaan ekonomi digital semasa, pihak industri memberi lebih tumpuan dalam menghasilk­an produk dan perkhidmat­an berasaskan teknologi.

Sebagai universiti berstatusk­an Premier Digital Tech University, hampir 65 peratus program di MMU dikategori­kan sebagai fastgrowin­g industry.

Program ini membabitka­n pelbagai bidang dan tidak terhad kepada kejurutera­an, IT dan sains komputer, sains hayat, perniagaan dan kewangan, kreatif multimedia, seni sinematik serta strategik komunikasi.

 ??  ??
 ??  ?? Ts Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq
Ts Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq
 ??  ?? Hampir 65 peratus program MMU direka khusus sesuai dengan fast-growing industry.
Hampir 65 peratus program MMU direka khusus sesuai dengan fast-growing industry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia