Mampu raih RM1,000 sehari jual bubuk

Udang geragau banyak didapati bermula Februari, Mac

Berita Harian - - WILAYAH - Oleh Norsyazwan­i Nasri

Enggan berpeluk tubuh menunggu Bantuan Sara Hidup (BSH) semata-mata, seorang penduduk berusaha menangkap udang geragau sebagai punca rezeki tambahan yang mampu menghasilk­an jualan mencecah RM1,000 sehari.

Yasme Yahya, 34, dari Kampung Batu Satu di sini, berkata udang geragau atau lebih dikenali penduduk tempatan sebagai bubuk, banyak didapati bermula Februari dan Mac.

“Pada masa ini permintaan terhadap bubuk amat tinggi, bukan sahaja dari masyarakat tempatan, malah penduduk luar bahagian ini. Bagi kami di sini, Februari dan Mac bagaikan satu pesta kerana ramai, khasnya nelayan akan keluar tangkap bubuk untuk dijual,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, bubuk dijual dengan harga RM5 sekilogram atau lebih murah sekiranya pelanggan membeli dalam kuantiti banyak.

Sesuai buat belacan, cencaluk

“Selain menjual bubuk secara basah yang amat sesuai dijadikan belacan atau cencaluk kerana rasanya lebih lazat, saya turut menjual bubuk sudah dikeringka­n,” katanya.

Yasme berkata, belacan Miri sememangny­a popular dan sering mendapat permintaan tinggi terutama dari Brunei, Singapura mahupun Semenanjun­g.

Katanya, cara pembuatan belacan memerlukan ketelitian demi menjamin rasanya lebih sedap dengan bubuk perlu dijemur setiap pagi sehingga lewat petang terutama dalam keadaan cuaca panas terik ketika ini bagi menghasilk­an belacan berkualiti tinggi.

Penduduk, Rose Sandang,45, berkata apabila tiba musim bubuk, dia tidak akan melepaskan peluang membeli sehingga berpuluh-puluh kilogram bubuk segar untuk menghasilk­an belacan, cencaluk dan bubuk kering.

[FOTO NORSYAZWAN­I NASRI /BH]

Yasme (kanan) menjual bubuk kepada orang ramai ketika ditemui di Kampung Batu Satu, Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.