‘Bapa tak sempat tengok’

AR Badul terkilan cipta kejayaan selepas ayah tercinta, Allahyarha­m AR Tompel pergi buat selama-lamanya

Berita Harian - - HIP - Oleh Hanisah Selamat

Dalam ratusan nama tokoh seni, siapa yang tidak kenal dengan pelawak AR Badul? Bersama deretan filem lakonan dan arahannya yang menggunaka­n nama sendiri sebagai judul, tokoh ini sudah menjadi suatu jenama dalam dunia sinematik Melayu terutama genre komedi.

Karya seperti

dan mendapat sentuhan Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 70.

Biarpun tidak seaktif dulu dek faktor usia, namun pelawak, pelakon, penulis skrip dan pengarah ini masih gigih dalam kerja penerbitan animasi dan drama televisyen (TV).

Berkongsi pembabitan dirinya dalam arena seni, Badul memberitah­u, segala-galanya bermula ketika usianya belasan tahun apabila menyertai kumpulan bangsawan kelolaan Allahyarha­m Kasma Booty.

Badul berkata, suami seniwati itu banyak mengajar selok-belok dunia pementasan malah dianggap sebagai guru atau mentor.

Bergerak ke seluruh pelosok kampung, Badul berpeluang membuat persembaha­n pentas di merata tempat termasuk di Medan, Indonesia.

Akuinya, biarpun sekadar pelakon tempelan, pengalaman bersama insan terkenal ketika itu seperti Allahyarha­m R Azmi dan Allahyarha­m Ahmad Jais, membuatkan minatnya terus bercambah.

Mat Sentul banyak bantu

“Waktu kecil, saya tinggal di rumah Mat Sentul yang juga pengurus bangsawan tempat bapa saya, Allahyarha­m AR Tompel bekerja.

“Disebabkan tugas bapa yang selalu ke sana sini mengadakan persembaha­n, sejak Darjah Satu, saya tinggal dengan Mat Sentul sehingga Darjah Enam.

“Seorang lagi pengurus bangsawan yang juga orang kepercayaa­n bapa ketika itu adalah Allahyarha­m Karim Latiff.

“Selepas itu, saya ikut pula Allahyarha­m Kasma. Daripada situ, saya semakin kenal dunia bangsawan dan pusing ke merata-rata tempat,” katanya mengimbas kenangan lalu.

Selepas bergerak di pentas bangsawan, Badul dimaklumka­n kekosongan jawatan sebagai penari di FELDA yang ketika itu memiliki kumpulan kesenian sendiri.

Tawaran gaji tetap yang berbaloi membuka pintu hati Badul mencuba nasib. Nyata, rezeki berpihak kepadanya.

Pada usia belasan tahun, bermulalah kerjaya seni Badul bersama FELDA. Namun, ketika itu, nama Allahyarha­m R Jaafar dan Allahyarha­m Yahya Sulong sudah dikenali ramai.

“Orang tak tahu dulu ketika bekerja dengan FELDA, saya jadi penari. Kalau ada watak tambahan, saya jadi pengawal. Jika drama moden sikit, berpeluang­lah jadi pegawai polis.

AR Badul Waktu kecil, saya tinggal di rumah Mat Sentul yang juga pengurus bangsawan tempat bapa saya, Allahyarha­m AR Tompel bekerja”

“Ketika itu, seronok bekerja sebab dapat gaji bulan. Antara yang terkenal dalam kumpulan saya ketika itu adalah Mak Mah, Minah Yem, Minah Ketot, R Jaafar dan Syed Hamid.

“Saya masih ingat, ketika itu, banyak jalan masih tanah merah. Kami beramai-ramai naik bas dan kadangkala berharihar­i tinggal di kampung orang.

“Tempat tinggal dan makan semua orang kampung sediakan. Daripada jawatan di FELDA, saya belajar bermain dram dan menyanyi,” tambahnya lagi.

R Jaafar teman baik

Cerita Badul, persahabat­an dengan R Jaafar terjalin ketika mereka digandingk­an dalam persembaha­n pentas yang sepatutnya dijayakan Jaafar dengan Yahya.

“Orang semua kenal Jaafar dan Yahya. Jadi, kiranya, dalam jelajah bergerak kami, Jaafar dan Yahya adalah bintang pujaan sedangkan saya sekadar ‘Pak Pacak’.

“Ketika itu, biarpun tidak muncul di TV, persembaha­n pentas di pelbagai tempat meletakkan mereka seperti bintang yang ditunggu-tunggu,” katanya.

Badul teringat insiden di mana Yahya memarahiny­a.

“Kebetulan terjadi suatu isu, saya beri pandangan kepada Yahya. Tetapi dia tak boleh terima dan memarahi saya.

“Disebabkan darah muda, saya ambil senduk dan pukul dirinya. Yahya akhirnya merajuk terus pulang ke Kuala Lumpur. Kejadian itu berlaku di Sabak Bernam.

“Berikutan itu, saya terpaksa mencari pengganti,” katanya.

Susulan kejadian itu, bermulalah langkah serius Badul di pentas lawak hingga membawanya muncul dalam program TV.

“Memang menakutkan kerana terpaksa menggantik­an pelawak yang sudah mempunyai peminat. Mahu tak mahu, saya muncul juga dengan Jaafar sebab siapa lagi yang berani hendak menggantik­annya.

“Saya cuba buat yang terbaik. Mujur pengalaman bersama kumpulan bangsawan sebelum itu banyak membantu.

“Sepanjang mengikut rombongan Kasma, saya suka tengok bintang utama berjenaka. Jadi apabila diminta menggantik­an Yahya, saya terima terus. Syukur, persembaha­n pertama meraih tepukan.

“Daripada situ, saya dan Jaafar menjadi kawan baik. Suatu hari pada 1975, saya ajak Jaafar sertai pertanding­an Bakat TV,” katanya.

Tak mudah cipta nama

Melalui program pencarian bakat itu, gandingan Badul dan Jaafar meraih perhatian penerbit TV dan filem yang mahu mengetenga­hkan kebolehan mereka.

“Memang ketika itu, orang tahu saya anak AR Tompel, seorang seniman yang dihormati ramai. Tapi zaman dulu susah, bukan senang dapat kepercayaa­n penerbit atau pengarah sebab kita anak orang popular.

“Kita kena usaha sendiri. Saya juga tidak mahu dikata menumpang tuah bapa untuk menjadi pelakon.

“Saya tak kisah bermula dari bawah pun sebab saya tahu bagaimana sukarnya untuk bapa mendapat kepercayaa­n orang.

“Cuma sedihnya, saya cipta nama sendiri selepas bapa pergi. Jadi, saya tak sempat berkongsi kegembiraa­n ini dengan bapa,” katanya dengan nada perlahan.

Ikuti siri kedua, esok, Badul menceritak­an hubunganny­a dengan bapa dan pengalaman bersama Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Si Badul, Guru Badul, Panglima Badol, Pak Tam Duda, Keluarga 99, Kembar Siam, Pelumba Malam Salah Bapak

AR Tompel

Badul ketika menjalani pemeriksaa­n di Institut Jantung Negara (IJN).

Antara filem era1980-an yang dibintangi Badul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.