Berita Harian

Biar lambat tapi pasti

Jasmin Suraya puas hati bakat semakin diakui walaupun terpaksa menanti lama

- Oleh Zaidi Mohamad

Kemunculan­nya membawakan watak Lily dalam filem aksi, Paskal menyerlahk­an pesona gadis Cina kelahiran Sarawak, Jasmin Suraya Chin.

Mula bertapak sebagai pengacara dengan mengendali­kan program sukan bola sepak, Jasmin Suraya seterusnya meneroka peluang dalam bidang lakonan pada 2014.

Meskipun terpaksa mengambil masa untuk memahat nama di gelanggang lakonan, wanita berusia 29 tahun itu enggan mengalah dan berputus asa.

“Saya tidak meniti laluan mudah untuk memperkena­lkan bakat. Tambahan pula, pertuturan bahasa Melayu saya agak pelat, membuatkan saya kurang keyakinan diri.

“Setiap drama dan filem yang dijayakan, saya jadikan sebagai ruang untuk mengumpul pengalaman dan ilmu.

Namun, membuka pintu yang lebih luas untuk saya meneroka bidang ini.

“Baru tahun lalu, saya dapat rasakan nama mula dikenali. Mungkin sebelum ini, kehadiran saya kurang disedari kerana lebih banyak menerima tawaran di layar perak, berbanding skrin televisyen,” katanya.

Mencari angin baharu

Mengakui langkah dalam industri hiburan bermula agak lewat, Jasmin Suraya sentiasa percaya, jalan hidupnya tersusun cantik.

Baginya, semangat juang yang tinggi menjadi kunci utama untuk dia menggapai impian, meskipun terpaksa menempuh laluan berliku.

“Selepas empat tahun menjadi pengacara, saya rasa diri seperti terperangk­ap. Saya perlukan angin baharu dan mencuba nasib dalam lakonan.

“Mungkin ada yang anggap agak terlewat untuk bermula, tetapi saya tidak kesal. Saya perlu atur langkah dengan baik kerana minat terhadap lakonan sudah bertunas sejak kecil,” katanya.

Untuk memantapka­n permulaan langkahnya, Jasmin Suraya mengambil kursus lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dia juga sanggup terbang ke London untuk mengikuti kursus lakonan selama dua bulan, selain menyertai bengkel anjuran pelakon berpengala­man, Fauziah Nawi dan Joanna Bessey.

“Saya percaya selain tuah, rezeki juga memainkan peranan. Namun, ilmu yang dikutip tidak akan luput dan menjadi bekalan untuk menempuh hari mendatang,” katanya.

Elak kerja sambil lewa

Tidak terdesak untuk mengecap populariti, Jasmin Suraya berkata, dia cuba mengimbang­inya dengan kualiti persembaha­n dan bakat.

“Populariti itu bonus kerana dari situ, kita akan mendapat banyak peluang besar. Saya tidak mahu mengabdika­n diri seumur hidup, tetapi kehadiran saya tidak diingati ramai.

“Hidup sebagai insan seni ada pasang surutnya, tetapi saya tidak pernah lakukan sambil lewa. Jika berlakon kerana wang, jiwa seni itu akan hilang.

“Dalam setiap apa yang kita lakukan, keikhlasan itu penting. Siapa yang tidak mahu popular, tetapi ia harus diiringi dengan kualiti kerja yang baik. Untuk apa jadi sebutan kerana kontrovers­i dan kerja tidak baik? Minta dijauhkan,” katanya.

Jauhi kontrovers­i

Jasmin Suraya juga bersyukur, selama bertapak dalam industri hiburan, namanya tidak pernah terpalit dengan kontrovers­i.

“Mungkin disebabkan terlalu ‘bersih’, saya lambat dapat peluang. Pernah juga saya dikecam gara-gara berpakaian seksi, tetapi ia sebenarnya salah faham.

“Ramai yang menyangka saya wanita Melayu dan beragama Islam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tidak perlukan kontrovers­i untuk naikkan nama.

“Jika kontrovers­i boleh membantu saya mendapatka­n watak dan peranan yang bagus, sudah tentu saya hargai. Tetapi, jika hanya merosakkan nama, untuk apa? Itu bukan cara saya,” katanya.

Jasmin Suraya juga berharap, dia akan mendapat lebih peluang untuk meneroka lakonan drama.

“Tidak banyak peluang yang saya dapat, mungkin kerana saya berbangsa Cina atau wajah saya kelihatan terlalu ‘urban’. Tetapi, itu bukan halangan untuk saya berkongsi bakat,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN JASMIN SURAYA CHIN ] ?? Paskal
[ FOTO IHSAN JASMIN SURAYA CHIN ] Paskal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia