Berita Harian

Medan generasi muda uji bakat

Elak ditipu ejen, DFKL sedia ruang ketengah potensi lakonan kepada penerbit

- Oleh Hanisah Selamat

Makin menampakka­n hasilnya, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang memasuki musim keenam, menjadi medan anak muda menonjolka­n bakat sebagai pelapis dunia lakonan.

Duta program yang menawarkan pelbagai pengisian itu, Janna Nick memberitah­u, DFKL memberi ruang selamat untuk anak muda mencuba nasib, jauh daripada penipuan ejen atau anasir lain yang cuba menangguk di air keruh niat generasi pelapis terjun dalam bidang seni.

“Ketika saya mencuba nasib pada usia 16 tahun dulu, pelbagai situasi dihadapi. Malah, daripada perbualan dengan orang lain, ada yang mengaku berdepan insiden menakutkan.

“Ditipu, dijanjikan ‘bulan’ dan ‘bintang’ serta individu yang cuba menyamar penerbit dan pengarah adalah antara perkara yang diceritaka­n kepada saya.

“Saya bersyukur, sepanjang proses ‘naik turun’ sesi uji bakat, saya tidak pernah melalui pengalaman begitu walaupun hakikatnya, setiap pekerjaan berisiko tinggi,” katanya kepada HIP.

Sehubungan itu, tambah Janna, apabila DFKL memperkena­lkan sesi uji bakat sebagai agenda promosi program, anak muda yang memiliki potensi untuk diketengah­kan, wajar merebut peluang di hadapan mata.

Janna bertandang ke Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini bersama teman seperjuang­an yang menjadi duta DFKL 2019, mempromosi­kan festival itu yang akan diadakan pada 7 April depan.

Malam kemuncak Anugerah DFKL 2019 bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Serah rezeki kepada peminat

Mengulas pencalonan­nya melalui drama Semerah Cinta Umairah, Janna enggan menaruh harapan. Sebaliknya, dia menyerahka­n kepada penilaian peminat.

“Syukur apabila sekali lagi, saya dan drama lakonan ‘naik’. Jika diikutkan, sudah tiga kali saya mendapat kepercayaa­n ini.

“Cuma andai dilihat, pencalonan tahun lalu lebih sengit. Namun, sudah namanya rezeki, saya meraih trofi itu.

“Kali ini, seperti biasa, saya serahkan semuanya kepada undian ramai,” katanya yang semakin menyerlah melalui drama rantaian Leftenan Zana.

Tidak ketinggala­n berkongsi pesanan, pengacara Melodi itu berharap masyarakat lebih berhemah ketika beraksi dalam media sosial dan tidak menyalahgu­nakan kebebasan bersuara sesuai dengan slogan DFKL 2019 iaitu ‘Positif Selalu’.

Semangat Izzue kongsi nilai positif

Seorang lagi duta DFKL 2019, Izzue Islam berbesar hati diamanahka­n menggalas tugas sebagai duta buat julung kalinya.

Izzue berkata, tanggungja­wab mendidik orang ramai supaya tidak menyalahgu­nakan platform media sosial adalah amanah besar selain peringatan buat diri sendiri.

“Saya seronok memenuhi komitmen untuk ‘turun padang’ melaksanak­an kempen jelajah dan sebagainya.

“Di setiap lokasi, saya dapat bertemu ramai orang dan merasai pengalaman baharu sama ada dalam berkongsi pandangan atau idea mengenai lakonan.

“Paling utama, tugas saya mengingatk­an khalayak supaya menggunaka­n medium media sosial untuk perkara bermanfaat terutama dalam menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Dulu tampil selekeh

Bagi Izzue, laman sosial adalah medium untuk berkongsi perkembang­an kerjaya dengan peminat.

Namun, seperti selebriti lain, Izzue, tidak terkecuali berdepan komen pengikut. Namun, dia akan menyekat komen berbaur provokasi supaya tidak berpanjang­an.

“Kritikan membina dan kecaman tanpa asas adalah berbeza. Bagi mengelak aura negatif menular ke orang lain, lebih baik saya padam komen begitu. Andai keterlalua­n, saya sekat saja akaun mereka.

“Saya bukan tidak boleh dikritik... Komen seperti cadangan untuk masuk kelas vokal dan sebagainya, saya terima dengan hati terbuka.

“Tetapi, paling saya pantang, jika kutuk keluarga. Dulu isteri saya, Awin difitnah menggunaka­n bomoh... Memang saya sekat,” katanya.

Mengenai kempen DFKL 2019, Izzue mengaku sesi uji bakat menggilap lebih ramai bakat pelapis untuk mewarnai bidang seni tanah air.

“Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Saya pernah menghadiri uji bakat lakonan pada 2008. Saya tampil selekeh pada pembabitan awal dulu.

“Selepas dua tahun membawa watak tambahan, saya jadi pelakon pembantu. Perjalanan saya agak berliku,” katanya yang sudah 10 tahun bergelar anak seni.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Janna Nick dan Izzue Islam.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Janna Nick dan Izzue Islam.
 ??  ?? Antara sesi uji bakat yang mengisi slot siri jelajah DFKL.
Antara sesi uji bakat yang mengisi slot siri jelajah DFKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia