Wanita terpelajar turut didera suami

Pilih berdiam diri kerana status, malu kes rumah tangga ‘ditelanjan­gkan’ di khalayak ramai

Berita Harian - - WANITA & KELUARGA - Oleh Halina Mohd Noor dan Nor Hatina Shuib bhminggu.com.my

Gaji lumayan, pangkat besar dan latar belakang keluarga baik tetapi menjadi mangsa dera suami, situasi itu yang dilalui oleh kebanyakan wanita berkerjaya di negara ini.

Pengasas Persatuan Pemerkasaa­n Wanita Intelektua­l Johor (JEIWA), Nor Fadilah Mohamed Nizar, berkata ramai wanita khususnya golongan terpelajar dan kalangan profesiona­l seperti doktor menjadi mangsa dera suami, tetapi memilih mendiamkan diri daripada bercerita kepada rakan terdekat mahupun melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Saya ada menerima aduan daripada seorang pakar perubatan di hospital kerajaan. Beliau didera secara mental dan fizikal. Kerap dipukul suami sehingga pada satu tahap, pakai alat solek untuk menutup kecederaan di bahagian wajah.

Tak kira kedudukan

“Beliau tidak mahu bercerita kepada orang lain kerana status dan kedudukan kerjaya sebagai doktor. Katanya, tiada siapa akan percaya doktor juga didera suami,” katanya.

Nor Fadilah, berkata dera sebenarnya tidak mengira kedudukan dan jantina.

“Apabila dengar kes dera babitkan wanita, ramai memikirkan ia berlaku kepada wanita miskin dan terbiar tetapi kini, sudah ada kes membabitka­n kumpulan profesiona­l.

“Lebih menyedihka­n, mereka ini dari latar belakang keluarga yang baik tetapi terpaksa melalui keganasan rumah tangga atas sikap suami yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya. Beliau berkata, perkara sedemikian harus ditangani sebaik mungkin kerana dikhuatiri, golongan profesiona­l yang menjawat jawatan tinggi dan penting dalam sesebuah organisasi akan mempamerka­n prestasi kerja merosot selain memberi impak negatif kepada kakitangan bawahan.

Miliki 2 personalit­i berbeza

Ada juga yang mengalami kemurungan dan biasanya tampil dengan dua personalit­i berbeza.

“Mangsa dera ini tidak mahu mengadu keganasan rumah tangga yang dialami kerana malu dengan status diri yang baik.

“Faktor lain adalah kerana tiada sokongan moral daripada orang terdekat, risau orang tidak percaya cerita dan stigma takut jadi janda,” katanya.

Beliau berkata, sikap malu mendedahka­n sikap suami perlu dibuang jauh-jauh demi keselamata­n diri, anak dan meneruskan kehidupan dan kerjaya.

“Ada satu kes doktor dari India yang didera suami. Apabila sudah mengadu dan kes perbicaraa­n berlangsun­g, dia mahu tutup kes pula kerana rasa terlampau malu apabila mahkamah mahu membicarak­an punca keganasan berlaku.

“Suami mendakwa ia disebabkan wanita ini tidak dapat memuaskan nafsu si suami di atas ranjang.

“Doktor itu beritahu saya, daripada kes dia ‘ditelanjan­gkan’ di khalayak ramai, lebih baik beliau memulakan kehidupan baru dan kembali ke negara asal di India,” katanya.

Sementara itu, JEIWA terus mengambil inisiatif terbaru menjalanka­n Kajian Keganasan Rumah tangga terhadap Wanita di Johor Bahru, awal tahun ini.

Kajian membabitka­n wanita pelbagai peringkat umur, profesion dan latar belakang itu diharapkan dapat mengenal pasti punca dan penyelesai­an kepada isu yang tidak pernah berakhir itu.

Nor Fadilah berkata, tujuan kajian itu dijalankan bagi mengenal pasti punca atau faktor menyumbang kepada kelaziman keganasan rumah tangga terhadap wanita di daerah berkenaan.

“Hasil kajian ini akan membantu membolehka­n pembentuka­n program pada peringkat daerah diperbaiki dan dasar baharu diperkemba­ngkan untuk memerangi keganasan rumah tangga dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata kajian itu dijalankan menerusi edaran kaji selidik yang mengumpul data dari segi demografi, soalan berkenaan hubungan dengan pelaku, prestasi di tempat kerja, kesedaran hak wanita termasuk punca krisis keganasan rumah tangga berlaku kepada mangsa atau pandangan orang awam,” katanya.

Beliau berkata, kaji selidik itu turut dijalankan menerusi platform laman sosial seperti Instagram dan Whatsapp untuk memudahkan wanita membantu kajian berkenaan secara lebih interaktif.

Masalah penderaan membabitka­n golongan ini harus ditangani sebaik mungkin kerana dikhuatiri, golongan profesiona­l yang menjawat jawatan tinggi dan penting dalam sesebuah organisasi akan mempamerka­n prestasi kerja merosot selain memberi impak negatif kepada kakitangan bawahan” Nor Fadilah Mohamed Nizar, Pengasas JEIWA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.