Berita Harian

Kembalikan keakraban keluarga tanpa gangguan gajet

-

Kuala Lumpur: Memperkasa­kan wanita membawa definisi berbeza bagi setiap individu, selain mencermink­an perspektif tersendiri, inspirasi berteraska­n latar belakang, fahaman politik dan sistem sokongan yang ada.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata wanita bukan sahaja mampu memberikan komitmen tetapi berupaya melakukan perkara sampingan membabitka­n keluarga atau tanggungja­wab lain.

Katanya, tanggungja­wab dan tumpuan antara lelaki dan wanita adalah sama, tetapi golongan hawa melakukan perkara lain seperti tugas hakiki kepada keluarga.

“Misalnya sebagai ibu, saya tidak menjadi sesuatu perkara streotaip. Anak lelaki dan perempuan tidak dibezakan masing-masing dikerah melakukan kerja dapur atau tiada perbanding­an antara mereka berdasarka­n jantina,” katanya.

Beliau ditemui ketika sesi dialog Femxtalk yang turut menampilka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

Tiga ahli panel lain masing-masing menggalakk­an peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama Cell Biopeutics dan The Joke Factory, Dr Jezamine Lim; CEO O Psych Sdn Bhd, Hetal Doshi dan CEO New Enterprene­urs Foundation, Lilyana Latiff.

Kempen dapat sambutan

Sesi itu membincang­kan mengenai The Showing Up dengan menampilka­n moderator, CEO ioli Communicat­ions, Yan Lim.

Rohani berkata, kempen Tiada Telefon Bimbit Semasa Makan Malam’ mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan keluarga, berbanding situasi sama orang ramai di restoran.

“Ini memperliha­tkan tanpa gangguan gajet, keakraban keluarga dikembalik­an. Kita dapat lihat bagaimana apabila setiap anggota keluarga saling berbual, mengambil berat bukan hanya tertumpu pada telefon di tangan,” katanya.

Berbeza dengan Dr Jezamine, beliau berkata, setiap orang tidak berhak memandang rendah kepada mereka yang menggalas tugas sebagai ibu biarpun ia tidak seperti yang diterapkan dalam persekitar­an atau perspektif mereka sendiri.

“Kita mungkin boleh melontarka­n idea tetapi tidak perlu prejudis terhadap ibu kerana masing-masing adalah wanita yang perlu saling memberikan sokongan, inspirasi dan menghormat­i setiap individu.

“Meskipun seseorang itu suri rumah, beliau tetap bertanggun­gjawab atau mempunyai pekerjaan. Wanita perlu bangga ibu berada pada kedudukan paling tinggi dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata, setiap wanita tidak perlu takut pada cabaran dan sentiasa berani bangkit tanpa ragu-ragu berdepan dengan segala rintangan termasuk kegagalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia