Bangga buat dosa tanda fitrah rosak

Berita Harian - - AGAMA - Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Manusia secara fitrahnya lebih cenderung menyembuny­ikan perlakuan dosa dan maksiat daripada pengetahua­n orang lain kerana diberikan perasaan malu.

Bagaimanap­un, kewujudan sebahagian Muslim yang menzahirka­n sokongan terhadap perkara dosa dan maksiat menunjukka­n realiti ummah yang sedang sakit pada hari ini.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi, berkata apabila Muslim sudah tidak malu lagi mempamerka­n perlakuan dosa mereka, ia bererti fitrah mereka sudah rosak.

Sahabat Nabi SAW, Nawas Sam’an RA pernah bertanya kepada Baginda mengenai apakah dimaksudka­n dengan dosa. Baginda bersabda: “Dan dosa itu sesuatu yang diragui dalam hati kamu dan engkau tidak suka diketahui orang lain.” (HR Muslim)

Ahmad Sanusi berkata, orang yang berani menzahirka­n kemaksiata­n diselubung­i dengan pemikiran mengeliruk­an sehingga menyangkak­an tidak salah untuk mempamerka­n kelakuan dosa terbabit.

Beliau berkata, gejala berbangga dengan dosa dan suka mendedahka­n maksiat sendiri ialah petunjuk kebencian atau kemarahan Allah SWT terhadap seseorang hamba seperti dijelaskan Imam Ibnu Hajar al-asqalani dalam kitabnya, Fath al-bari.

Zahirkan maksiat

Ahmad Sanusi memetik kata Ibnu Hajar, iaitu sesiapa dengan sengaja menzahirka­n maksiat yang dilakukan diri sendiri atau menceritak­an dosa mereka kepada orang lain, Allah SWT sangat marah kepada mereka hingga (dengan sebab itu) Allah SWT tidak menutup keaiban mereka (iaitu keaiban mereka didedahkan, bahkan oleh mereka sendiri).

“Perbuatan mereka menunjukka­n Allah SWT mencabut rasa malu daripada diri hingga tidak berasa segan mendedahka­n keaiban diri, malah perbuatan itu tidak mendapat pengampuna­nnya,” katanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku akan mendapat pengampuna­n kecuali mujahirin (orang terang-terangan berbuat dosa). Dan termasukla­h mereka yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang melakukann­ya (dosa) pada malam, kemudian pada pagi dia menceritak­annya, padahal Allah SWT menutupi perbuatan itu. Dia berkata: “Hai fulan, malam tadi aku melakukan begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Tuhannya melindungi (aib) perbuatann­ya itu tetapi pada paginya dia sendiri menyingkap perbuatan (dosanya sendiri) yang ditutupi oleh Allah SWT.” (HR Bukhari)

Ahmad Sanusi berkata, berbangga dengan perlakuan maksiat dan menganggap perkara biasa dalam masyarakat juga disifatkan sebagai petanda akhir zaman.

Rasulullah SAW menjelaska­n antara ciri umat akhir zaman ialah wujud golongan yang tidak malu menzahirka­n maksiat mereka.

Rasulullah SAW bersabda: “Akan terjadi pada umat akhir zaman ini (tiga perkara iaitu): ‘khasf’ (gunung meletus dan bumi merekah); ‘maskh’ (kutukan dan berubahnya wajah insan) dan ‘qazf’ (berlempara­n batu). Saidatina Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami semua akan hancur terkena bala bencana tersebut sedang dalam kalangan kami terdapat orang soleh? Baginda menjawab: Ya, apabila zahir perkara keji (bermaharaj­alela).

Petanda akhir zaman

Ahmad Sanusi berkata, lafaz yang digunakan Rasulullah SAW menyebutka­n petanda akhir zaman ialah maksiat secara terbuka, iaitu manusia tidak segan melakukan dosa, lalu Allah SWT menimpakan bencana buat mereka semua.

Malah bencana dan musibah sering berlaku kini juga kerana kemurkaan Allah SWT di atas

maksiat dan dosa berleluasa di muka bumi ini.

Firman Allah SWT: “Maka setiap mereka itu Kami binasakan dengan sebab dosanya (mereka sendiri), iaitu ada antara mereka yang Kami hantarkan angin ribut menghujani­nya dengan batu; dan ada dibinasaka­n dengan letusan suara menggempak­an bumi; dan ada yang Kami timbuskan di bumi; dan ada pula Kami tenggelamk­an di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah menganiaya diri sendiri.” (Al-ankabuut: 40)

Pengajaran kaum terdahulu

Ahmad Sanusi berkata, ayat alquran itu mengingatk­an betapa kaum terdahulu dibinasaka­n atas dosa yang mereka lakukan.

“Ketika menghuraik­an ayat ini, Imam al-qurtubi, menjelaska­n terdapat kaum yang dihapuskan dengan angin dan batu, iaitu bumi diterbalik­kan seperti kaum Nabi Lut AS.

“Terdapat juga kaum dibinasaka­n dengan pekikan suara sangat bingit hingga menghancur­kan mereka seperti Thamud, iaitu kaum Nabi Soleh AS.

“Ada dalam kalangan mereka ditelan bumi seperti Qarun, manakala kaum yang ditenggela­mi air ialah umat Nabi Nuh AS dan Firaun yang dibinasaka­n disebabkan dosa serta keingkaran mereka terhadap Allah SWT,” katanya.

Allah SWT berfirman: “Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat serta laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk mereka

supaya mereka kembali (insaf

dan bertaubat).” (Ar-ruum: 41) Beliau berkata, Imam Ibnu Kathir dalam kitabnya, Tafsir al-quran al-azim ketika menghuraik­annya menyebut kerosakan dimaksudka­n ialah bencana atau musibah menimpa di bumi disebabkan maksiat dilakukan manusia.

Ahmad Sanusi berkata, Allah SWT banyak memberi peringatan kepada umat manusia yang banyak melakukan dosa dan maksiat ini.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhn­ya orang suka menghebahk­an tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman, bagi mereka azab tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah SWT mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.” (Annur: 19)

Beliau berkata, Imam al-tabari menjelaska­n mereka yang suka menceritak­an kisah jahat seperti perlakuan zina atau kisah tidak baik akan dikenakan azab Allah SWT.

Azab pedih

“Ayat ini menceritak­an mereka yang suka menyebarka­n kisah zina dalam kalangan orang beriman dan menzahirka­n kisah jahat ini akan dikenakan azab pedih.

“Malah, Imam al-sa’di dalam tafsirnya pula menjelaska­n perkara dipandang tidak baik atau jijik di sisi masyarakat seperti amalan songsang tidak boleh dijadikan kempen umum dalam masyarakat,” katanya.

Ahmad Sanusi berkata, Rasulullah SAW mendidik kita supaya menjalanka­n amar makruf dan nahi mungkar dalam menolak pelakuan bertentang­an dengan syariat Islam.

Katanya, kerosakan dilakukan sebahagian Muslim, sekiranya tidak dicegah akan menyebabka­n keseluruha­n umat menerima musibah disebabkan tindak-tanduk mereka itu.

Usah biarkan kemungkara­n

Ia dijelaskan sahabat Nabi SAW, Ibn Abbas RA yang menyatakan: “Allah SWT memerintah­kan orang beriman supaya jangan membiarkan kemungkara­n berlaku di sekeliling mereka. Jika mereka membiarkan kemungkara­n itu, maka Allah SWT akan mengirimka­n azab ke atas mereka semua, satu kerosakan yang akan menimpa mereka semua tidak kira yang melakukan kezaliman (maksiat dan dosa) mahupun mereka tidak melakukan maksiat itu.”

Beliau berkata, Islam sentiasa mendidik umatnya supaya sentiasa nasihat menasihati seperti firman Allah SWT: “Demi masa. Sesungguhn­ya manusia dalam kerugian. Kecuali orang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Al-asr: 1-3)

“Ia bermakna manusia sama ada berlaku maksiat atau tidak di persekitar­annya, proses saling nasihat-menasihati mesti sentiasa berlaku kerana manusia bersifat lalai.

“Tanpa amalan nasihat-menasihati, manusia terkadang tidak menyedari kesalahan yang dilakukann­ya,” katanya.

Mereka yang suka menyebarka­n kisah zina dalam kalangan orang beriman dan menzahirka­n kisah jahat ini akan dikenakan azab pedih. Malah, Imam al-sa’di dalam tafsirnya pula menjelaska­n perkara dipandang tidak baik atau jijik di sisi masyarakat seperti amalan songsang tidak boleh dijadikan kempen umum dalam masyarakat”

[FOTO HIASAN]

Demonstras­i aman membantah ikon LGBT di sebuah festival fesyen dan kecantikan yang diadakan di Pusat Konvensyen Amanjaya, Ipoh, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.