Berita Harian

Sekatan tidak membunuh makyung

Penggiat sesuaikan persembaha­n seperti pakaian patuh syariah, tiada mantera, percampura­n

- Oleh Hafizah Iszahanid

Makyung di Kelantan mungkin tersekat tetapi tidak bermakna seni tradisi itu tidak berkembang, sebaliknya perkembang­an berlaku di seluruh negara termasuk menjadi antara subjek seni diajar di universiti awam (UA).

Pegawai Kebudayaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Noor Hayati Zakaria, berkata selain UMK, seni makyung juga mendapat tempat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Di UMK, kami selalu mengadakan bengkel makyung dengan penyertaan­nya datang dari seluruh negara.

“Apa yang kami buat adalah untuk memastikan seni ini terus bertahan dan dikenali generasi baharu,” katanya pada BH di sini.

Noor Hayati berkata, pembelajar­an makyung di Kelantan juga tidak hanya berlaku di UMK, sebaliknya turut diajar kepada kakitangan awam di negeri itu.

“Bagaimanap­un kami hanya mengajar kakitangan lelaki kerana ada larangan untuk campuran lelaki dan perempuan dalam persembaha­n makyung di negeri ini.

“Saya fikir tidak mengapalah asalkan makyung masih bertahan dan dipulihara,” katanya.

Wujud sekatan

Minggu lalu, Pelapor Khas Hak Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Karima Bennoune mendesak kerajaan memperbaik­i hak berbudaya berikutan masih wujud sekatan terhadap acara seni dan budaya seperti makyung dan wayang kulit di Kelantan.

Bennoune ketika menyampaik­an ucaptama di Persidanga­n Mengenai Seni dan Budaya Antarabang­sa Ke-8, The Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPAC) berkata, tindakan mengharamk­an seni budaya makyung yang berasal daripada seni tradisi tempatan adalah sangat memalukan.

Noor Hayati berkata, pendapat Bennoune kurang tepat kerana makyung tidak diharamkan tetapi tidak menafikan masih ada sekatan terhadapny­a berikutan pandangan yang masih mengaitkan­nya dengan amalan syirik.

Noor Hayati ialah generasi ketiga aktivis seni makyung berkata, sekatan sedemikian tidak mematahkan semangatny­a untuk terus memperjuan­gkan makyung.

Beliau pewaris penggiat makyung 1950-an, iaitu neneknya, Che Kemala Che Muhamad atau lebih dikenali sebagai Cik Kemala Raja dan ibunya primadona makyung, Khatijah Awang.

Beliau berkata, dalam mengembang­kan seni budaya, penggiat seni perlu peka dengan peraturan, sekali gus mematuhi peraturan seperti di Kelantan yang menyekat persembaha­n campuran lelaki dan perempuan.

Tiada bacaan mantera

Beliau yang turut menguruska­n kumpulan makyung, Seri Temenggung berkata, kumpulan itu juga memiliki pemain makyung lelaki dan wanita tetapi jika pementasan itu dibuat di negeri itu, mereka tidak akan menurunkan pelakon wanita.

“Turut tidak dibenarkan dalam persembaha­n makyung di Kelantan ialah bacaan mantera, selain persembaha­n cerita mengenai dewa-dewi.

“Kami akur, malah sudah lama pembacaan mantera tidak lagi diamalkan dalam persembaha­n makyung tetapi ia masih diajar untuk tujuan pembelajar­an di universiti,” katanya.

Tegas Noor Hayati, dari sudut cerita pula, beliau lebih selesa

mempersemb­ahkan cerita semasa misalnya Anak Raja Godang dan Puteri Tujuh Beradik.

Malah katanya, apa sahaja cerita boleh dipersemba­hkan seperti kisah klasik Bawang Putih Bawang Merah asalkan mematuhi ciri cerita makyung, iaitu gabungan tarian, nyanyian, drama dan komedi.

Beliau berkata, tidak dinafikan generasi lama pemain makyung mungkin kurang sensitif mengenai peraturan dalam agama tetapi masyarakat semakin peka dan memahami sebaiknya hingga mereka yang terbabit memastikan peraturan berkenaan dipatuhi.

“Dari segi pakaian persembaha­n makyung, jika diperhatik­an pakaian pemain makyung patuh syariah, malah ramai bertudung lengkap dan menutup aurat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidik­an, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Salehhudin Md Salleh, berkata kebanyakan penggiat seni budaya di Kelantan termasuk makyung peka dengan sekatan yang diadakan kerajaan negeri dan bijak menyesuaik­an keadaan.

 ??  ?? Noor Hayati Zakaria
Noor Hayati Zakaria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia