Berita Harian

Pelajar sains aktuari perlu kejar status profesiona­l

-

Saya tertarik memberi pandangan berkaitan luahan bapa penuntut bidang aktuari dari Yan, Kedah yang menulis di akhbar ini pada 4 Mac lalu.

Melalui penulisan, dinyatakan hanya 60 daripada 190 penuntut berjaya melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Maksudnya lebih 100 orang tidak berjaya menempatka­n diri dalam bidang pengajian sama seperti diploma.

Sebelum itu, tahniah kepada semua penuntut Diploma Aktuari kerana berjaya menamatkan pengajian. Seperti kita maklum, bidang aktuari adalah cabang kewangan kritikal dan agak mencabar.

Suka saya berkongsi pandangan seorang pensyarah berkaitan keperluan penuntut Bumiputera dalam bidang aktuari untuk melengkapk­an diri dengan status profesiona­l dikelolaka­n oleh badan aktuari seluruh dunia seperti Society of Actuary dari Amerika Syarikat dan Institute and Faculty of Actuary dari United Kingdom.

Beliau berkata, pelajar Bumiputera seharusnya melengkapk­an diri dengan kelulusan daripada badan aktuari seluruh dunia. Ini akan melayakkan mereka menyertai institusi insurans dan kewangan sebagai ahli aktuari bertauliah.

Ubah landskap

Penyertaan anak Bumiputera diharap mengubah landskap dan suasana sektor insurans, mahupun kewangan negara.

Saya kira bonus sebagai Muslim, usaha melengkapk­an diri dengan sijil profesiona­l akan menyempurn­akan fardu kifayah dalam kalangan orang Islam.

Bukankah lebih molek jika aktuari di sebalik pembikinan produk takaful dikuasai orang Islam sendiri?

Justeru, sekadar berkongsi pandangan peribadi saya, jika lebih 100 pelajar yang gagal menempatka­n diri ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari benar-benar ingin menyempurn­akan fardu kifayah dan menjadi seorang aktuari bertauliah, mereka boleh meneruskan pengajian dalam bidang ditawarkan. Pada masa sama, cuba mengambil sijil profesiona­l.

Ketika ini, banyak kelas di luar menyediaka­n sumber dan latihan intensif untuk lulus dalam sijil profesiona­l ini. Insya- Allah usaha keras tanpa mengenal putus asa akan membuahkan hasil yang manis pada kemudian hari.

Ingatlah, jalan kejayaan untuk setiap orang berbeza-beza. Boleh jadi sesuatu yang elok di mata kita itu tidak baik untuk kita dan boleh jadi sesuatu yang tidak elok di mata kita itu, baik untuk kita.

Selamat maju jaya kepada semua.

Farrah Hanim Fawziah

Johary,

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari Universiti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia